Buletin

BELI KENDERAAN NISSAN DI LAZADA. YURAN TEMPAHAN CUMA RM250, DAPAT MESIN KOPI NESCAFE BERNILAI RM598

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru sahaja melancarkan Nissan Flagship Store di platform e-dagang terkenal di Malaysia, Lazada untuk memberi pengalaman pembelian kenderaan Nissan yang lebih mudah dan selamat. 

Sempena pelancaran kedai tersebut dan jualan 5.5 Lazada, pelanggan boleh menempah Nssan Almera Turbo, Navara, X-Trail atau Serena S-Hybrid dengan hanya RM250. Seramai 55 orang pelanggan pertama akan menerima mesin kopi Nescafe bernilai RM598. 

“Kami teruja untuk mengembangkan penjualan model Nissan di Lazada. Ia boleh dibeli dengan mudah oleh sesiapa sahaja. Dalam tempoh dunia berdepan ancaman penularan COVID-19, pendigitalan sememangnya berkembang pesat.  

“Jadi, kami yakin langkah ini mampu meningkatkan perkhidmatan dan memberi tawaran terbaik kepada pelanggan apabila mereka membeli sebuah kereta Nissan secara digital,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan. 

Nissan Almera Turbo kini hadir dengan pakej aksesori Urban bernilai RM5,500 dan tawaran pembiayaan Flexi serendah RM540 sebulan. Promosi untuk penjawat awam pula menawarkan varian VL Almera Turbo pada harga bermula RM71,906 sahaja. 

Sementara trak pikap Navara yang menerima penambahbaikan dan reka bentuk radikal pula boleh dimiliki dengan pembiayaan Flexi RM950 sebulan. 

X-Trail kini hadir dengan pakej aksesori IMPUL atau Aero Edition bernilai RM5,600. Serena S-Hybrid pula didatangkan bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun termasuk alat ganti dan kos buruh. 

Pelanggan boleh klik Nissan Flagship Store di Lazada di pautan ini: www.lazada.com.my/shop/nissan-malaysia-flagship-store. Maklumat lanjut, sila hubungi  Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian hotline 1800-88-3838 atau layari laman web: www.nissan.com.my 

Google ads
Back to top button