Buletin

BENTLEY BENTAYGA EWB AZURE – EMPAT MODEL BERKHIDMAT UNTUK THE PENINSULA HONG KONG

Bentley Motors dengan bangganya telah berjaya menghantar armada empat model istimewa yang telah diberikan sentuhan peribadi, SUV Bentley Bentayga EWB Azure ke sebuah hotel mewah The Peninsula Hong Kong, sebuah hotel kemegahan The Peninsula yang telah pun dibuka sedari tahun 1928.

Susulan daripada tempahan yang telah pun diterima dahulu pada awal tahun ini dengan ketibaan armada empat model Bentley Bentayga Hybird di The Peninsula London, pengasasnya telah memilih untuk mengukuhkan tempat asal kelahiran hotel The Peninsula ini dengan kehadiran Bentayga EWB Azure yang mampu menawarkan kabin yang lebih luas dan mewah berbanding pesaing sedia ada.

Keempat model ini telah ditentukan dan dipilih oleh The Peninsula bersama – sama dengan pasukan reka bentuk di Mulliner, sebuah coachbuilder yang cukup terkenal dengan hasil bespoke (tempahan khas).

Reka bentuk menjadikan model ini mudah untuk dikenali sebagai kenderaan The Peninsula, sambil mempamerkan kualiti buatan tangan yang indah yang disediakan oleh tukang dan tukang Bentley di Dream Factory di Crewe, England.

Bermula dengan spesifikasi Azure yang memfokuskan kesihatan untuk keselesaan maksimum didalam mode ini, rupa luaran Bentayga EWB ini dilayangkan dengan warna luaran unik Peninsula Green, yang dihasilkan daripada sampel oleh Bentley Paint Shop.

Bagi mengimbangi warna gelap yang nampak mewah ini, terdapat kemasan garisan berwarna Honey di profil sisi Bentayga EWB Azure ini. Di bahagian pintu hadapan menampilkan logo The Hong Kong and Shanghai Hotels selaku syarikat induk yang mengendalikan The Peninsula Hong Kong dan juga The Peninsula Hotels.

Bahagian dalaman menampilkan konfigurasi 4+1 dengan tempat duduk dibalut dengan kulit Saddle serta kulit Beluga yang digunakan pada atas rel pintu, bahagian papan pemuka serta balutan untuk stereng. Kemasan Burr Walnut memberikan kesan mewah serta terdapat meja kecil untuk penumpang di belakang.

Logo Bentley disulam kemas pada bahagian tempat duduk serta mempunyai Mood Lightning dan juga Rear Seat Entertainment, untuk membolehkan penumpang di belakang berehat sambil bekerja atau pun santai melayari dunia alam maya.

Sentuhan terakhir Mulliner termasuklah tong tuala, kotak tisu, yang dipasang pada poket pintu belakang, soket pengecasan USB tambahan di kabin belakang serta tanda pengenalan logam 70mm bercahaya dengan tertera THE PENINSULA.

Keempat armada ini telah pun memulakan perkhidmatan chauffeur bermula hujung November yang lalu untuk pelanggan hotel mereka.

BACA : BENTLEY BENTAYGA APEX EDITION – 20 UNIT SAHAJA DALAM DUNIA

BACA : TIGA MODEL BENTLEY BENTAYGA ISTIMEWA SEMPENA HARI WANITA

Google ads

B K

Back to top button