Buletin

TIGA MODEL BENTLEY BENTAYGA ISTIMEWA SEMPENA HARI WANITA

Sebagai menghormati International Woman Day, pengeluar kenderaan terkemuka dari Britain, Bentley Motors telah mengumumkan tiga model istimewa daripada model Bentayga khusus untuk meraikan Bentley Girl terdiri daripada Mary Petre Bruce, Dorothy Paget dan juga Diana Barnato Walker.

Dua pereka khas – Emma Carruthers dan Georgia Gough telah ditugaskan untuk menghasilkan modek istimewa berdasarkan tiga tafsiran unik yang diilhamkan daripada wanita hebat yang memegang peranan penting dalam sejarah 105 tahun jenama Bentley Motors ini.

Mary Petre Bruce: Born For Speed

Bentayga Azure yang meraikan Mary Petre Bruce diilhamkan oleh Bentley 4½ Liter yang dipandunya di Montlhéry, Perancis selama 24 jam pada 6 Jun 1929, untuk merakam rekod dunia bagi pemanduan secara solo, dengan purata kelajuan lebih kurang 143 km/j. Mary tidak pernah memandu Bentley sehingga hari percubaan mencatat rekod, malah beliau terpaksa meminjam kusyen daripada penjaga masa rasmi supaya dia boleh mencapai pedal. Walaupun berkabus, keadaan trek yang sejuk dan berbahaya, dia menempuh 2,164 batu dalam masa 24 jam.

Mary Petre Bruce Bentayga Azure menampilkan warna Parson Green Pearlescent Paint pada bahagian luaran model ini. Bahagian dalamannya menampilkan rekaan Mother of Pearl, merujuk kepada petikan kata – katanya bahawa beliau suka memandu dalam keadaan memakai blouse dan skirt yang disesuaikan dengan rantai Mutiara.

 Dorothy Paget and the Blower Bentley

Dorothy Paget memainkan peranan penting dalam penciptaan salah satu Bentley yang paling ikonik; 4½ Liter Supercharged, biasanya dikenali juga sebagai Blower Bentley. Walaupun wanita muda lain mengutamakan mencari pasangan, Dorothy Paget pula menumpukan minatnya untuk jiwa kelajuan dan kuasa. Malah pelumba untuk Bentley, Sir Tim Birkin juga menyifatkan Wanita muda ini sebagai pemandu Wanita terbaik yang mampu mengendalikan mana – mana kereta lumba tanpa masalah.

Mulliner Dorothy Paget Bentayga Extended Wheelbase (EWB) menampilkan cat Luaran Blower Green pada bahagian luaran yang dikontrakan sedikit dengan warna minimum Cumbrian dan Blower Green bersempena dengan warna Team Car #2, jentera Bentley 4½ Litre yang pernah dipandunya pada perlumbaan Le Mans in 1930.

Diana Barnato: Bentley’s Flying Lady

Anak perempuan kepada pemenang tiga kali Le Mans, Woolf Barnato, Diana Barnato Walker mewarisi bakat dan semangat keberanian bapanya. Malah beliau juga merupakan penunggang kuda yang berani serta merupakan pemandu model salun Dove Grey Bentley 4 ¼ Liter Park Ward.

Dia seorang penunggang kuda yang mahir dan pemandu kenderaan yang berminat, memandu salun Dove Grey Bentley 4¼ Liter Park Ward. Tahukah bahawa Diana Barnato ini merupakan seorang penghantar pesawat tentera dari kilang kepada barisan hadapan dengan menerbangkannya. Dianggarkan sejumlah kapal terbang jenis 260 Spitfires dan juga beberapa model pesawat tentera telah dihantarnya untuk kegunaan skuadron.

Dan untuk Diana Barnato Bentayga S diilhamkan oleh pesawat kegemarannya – Spitfire yang  menampilkan bahagian luar Smoke Green dan bahagian dalam yang dibelah hijau dan pelana, merujuk kepada penampilan kokpit Spitfire Mk9.

BACA : BENTLEY BENTAYGA EXTENDED WHEELBASE 2023. LEBIH LUAS DAN MEWAH

BACA : BENTLEY BENTAYGA SIAP EKZOS AKRAPOVIČ!

Google ads

B K

"
"
Back to top button