Buletin

BENTLEY BENTAYGA APEX EDITION – 20 UNIT SAHAJA DALAM DUNIA. SUPER RARE NI

Bentley Motors telah memperkenalkan model edisi istimewa Bentayga Apex Edition yang boleh dipesan melalui Mulliner dengan penampillan yang lebih dinamik terhadap SUV premium mereka.

Bentley Bentayga Apex Edition yang dibina berdasarkan varian Bentayga S ini cukup istimewa dan terhad apabila hanya sejumlah 20 unit sahaja yang akan disiapkan oleh Mulliner.

 Bahagian luarannya menampilkan roda karbon Mulliner bersaiz 22 inci ultra-kuat dan ringan yang digabungkan dengan brek seramik karbon bagi tujuan pemberhentian yang lebih optimum. Bentley Bentayga Apex Edition ini juga kelak akan ditawarkan dalam pilihan enam spesifikasi unik yang disusun oleh pasukan reka bentuk Mulliner.

Semuanya termasuk jalur livery bercat tengah yang melebar di atas bonet dan bumbung, yang merupakan gaya pertama untuk Bentayga. Lebih unik lagi apabila spesifikasi yang ditawarkan hanya kepada pemilik Continental GT Le Mans Edition sebelum ini akan turut dapat dihasilkan pada Bentayga Apex Edition ini dengan trin dan livery yang serupa.

Dengan kuasa sekitar 550 PS dan spesifikasi yang sama seperti varian Bentayga S adalah merupakan model kemegahan bagi barisan SUV mewah Bentley. Kini dengan pengenalan Bentley Bentayga Apex Edition memberikan ketangkasan dan prestasi brek yang lebih hebat berkat roda karbon dan brek seramik karbonnya, menjadikannya Bentayga yang kelihatan paling dinamik untuk pemanduannya.

Model Apex Edition yang diasaskan berdasarkan varian Bentayga S, yang menampilkan trenkuasa daripada enjin 4.0 liter petrol V8 dengan pengecas turbo berkembar yang  mampu menghasilkan kuasa 542 bhp (550 PS) dan 568 lb.ft. (770 Nm) tork. SUV bersaiz besar yang cukup berkuasa ini mampu memecut dari titik pegun hanya dalam tempoh masa 4.5 saat sahaja untuk mencecah ke angka 100 km/j serta berupaya memecut laju sehingga ke angka 290 km/j.

SUV premium ini juga turut didatangkan dengan sistem Bentley Dynamic Ride meliputi kawalan anti-guling aktif dan juga stereng roda belakang secara standard bagi mempertingkatkan lagi prestasi kenderaan disamping bunyi yang dihasilkan daripda sistem ekzos yang sporty.

Ciri-ciri dinamik ini dipertingkatkan lagi dengan penggunan rim karbon Mulliner 22 inci untuk Apex Edition, yang telah dibangunkan khusus untuk Bentayga dengan kerjasama pakar Bucci Composites. Penggunaan rim yang ringan kukuh itu terbukti dapat mengurangkan berat sehingga 24 kilogram.

BACA : TIGA MODEL BENTLEY BENTAYGA ISTIMEWA SEMPENA HARI WANITA

BACA : BENTLEY BENTAYGA SIAP EKZOS AKRAPOVIČ!

Google ads

B K

Back to top button