Artikel Pilihan

BERAPA KOS SERVIS MITSUBISHI XPANDER? MAHAL KE MURAH?

Mitsubishi Xpander bakal dilancarkan pada 21 November ini dan setakat yang kami tahu, sudah ada 2000 unit Xpander telah ditempah. Harga bagi Semenanjung Malaysia ialah RM 91,400 iaitu kurang sedikit berbanding Toyota Rush dan Honda BRV namun lebih mahal berbanding dengan Perodua Aruz. Mari kita semak berapa kos servis Mitsubishi Xpander

1. Xpander perlu diservis pada sela masa 10,000km setiap kali dengan menukar minyak pelincir enjin dan juga penapis minyak hitam. Kos penukaran minyak enjin ialah RM 137.76 bagi kuantiti 4.1 liter dan RM 34.20 bagi penapis minyak enjin. Kami tidak dapat memastikan jenis minyak dan kelikatan yang digunakan.

Namun bagi enjin aluminium, kebiasaannya menggunakan minyak sintetik penuh. Kos keseluruhan bagi servis 10,000km pertama ialah RM 219.18 termasuk kos buruh dan plug washer (RM 2.70)

2. Pada 20,000km transmisi Xpander perlud diperiksa dan plug washer untuk transmisi (RM 6.75) perlu ditukar. Ketika ini kos buruh telah meningkat menjadi RM 140.98 manakala kos keseluruhan menjadi RM 322.39

3. Penapis penyaman udara pula perlu ditukar pada 30,000km dengan kos RM 60.30. Kos keseluruhan servis 30,000km menjadi RM 279.48

4. Kos servis pada 40,000km akan meningkat disebabkan ketika ini pemilik perlu menukar penapis udara enjin (RM 80.10) dan menukar cecair hidraulik brek (RM 32.85). Kos keseluruhan untuk major servis ini akan menjadi RM 546.64 termasuk kos buruh

5. Pada 60,000km sekali lagi Xpander perlu melakukan servis major yang melibatkan penukaran penapis petrol (RM 484.20) dan juga penapis penyaman udara. Kos keseluruhan servis akan meningkat kepada RM 911.41 termasuk dengan kos buruh

6. Cecair hidraulik untuk sistem transmisi pula perlu ditukar pada setiap 100,000km dengan kos RM 251.10. Ini menjadikan kos keseluruhan untuk servis pada ketika ini ialah RM 634.70 termasuk kos buruh

7. Palam pencucuh enjin Xpander perlu ditukar pada 110,000km dan pada hemat penulis ia merupakan dari jenis platinum. Kos penukaran 4 unit palam pencucuh ini mencecah RM 331.20 per set. Ini menjadikan kos keseluruhan untuk servis kali ini menjadi RM 550.38.

8. Namun kos paling mahal untuk servis Xpander sebenarnya terjadi pada 120,000km. Ketika ini pemilik perlu minyak pelincir, penapis minyak pelincir, penapis udara enjin, penapis penyaman udara, penapis petrol dan juga cecair brek. Kos keseluruhan pada ketika ini menjangkau RM 1143.08 termasuk kos upah.

9. Harga yang dinyatakan dalam jadual di atas hanya meliputi preventive maintainance sahaja. Ia tidak termasuk kos servis bagi unit penyaman udara, penjajaran tayar atau imbangan tayar.

10. Kos cukai jalan pula hanyalah RM 90 sahaja, memandangkan Xpander hanya menggunakan enjin 4 silinder 1500cc yang menghasilkan 103 kuasa kuda dan 141Nm tork

11. Xpander menggunakan tayar bersaiz 205/55 R16 dan berdasarkan pengalaman penulis harga tayar ini bermula dari RM 200 ke atas sehingga RM 300 bergantung pada jenama.

Google ads
Back to top button