
SAYONARA YAMAHA YZF-R6
Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, jentera Yamaha YZF-R6 telah melakar kemenangan pertama dalam FIM Supersport World Championship melalui pelumba Jamie Whitham di Donington Park, England.
Yamaha YZF-R6 yang mendapat khidmat enjin 599cc empat silinder terus mencatat kemenangan dan kejuaraan di seluruh dunia.
Bahkan, ia menjadi antara jentera supersport yang cukup popular dalam kalangan peminat superbike.
Begitupun, setiap perkara yang manis pasti ada noktah, Yamaha YZF-R6 akan dihentikan pengeluaran di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah selepas model tahun 2020.

Keputusan berkenaan dilakukan berikutan regulasi pelepasan emisi Euro5 yang semakin ketat dan permintaan serta jualan berkurangan terutama segmen supersport 600cc.
Selain model YZF-R6, Yamaha turut akan menghentikan pengeluaran VMAX, WR250R dan SMAX.

“Dengan pertimbangan terperinci berhubung perkembangan trend pasaran dan regulasi global yang mengehadkan pengeluaran motosikal, model Yamaha YAZF-R6, VMAX, WR250R dan SMAX akan dihentikan selepas model 2020.
“Yamaha memahami sejarah ikonik model-model ini. Mengenai masa depan, Yamaha akan terus mencari idea dan konsep baharu untuk menyokong serta memperluas pasaran,” kata kenyataan Yamaha. – agensi
- BACA: YAMAHA MT-15 SUDAH TIBA DI KEDAI. HARGA SAMA MACAM R15, BERMULA RM11,988 SEUNIT
- BACA: SELEPAS GP EDITION 2020, YAMAHA Y15ZR TERIMA 4 WARNA DAN GRAFIK BAHARU PULA. HARGA SAMA, RM8,168 SEUNIT
- BACA: LANGGAR PROTOKOL PERUBAHAN TEKNIKAL, MATA PASUKAN MOTOGP YAMAHA DIPOTONG
- BACA: YAMAHA YZF-R15 DAPAT WARNA BIRU DAN HITAM BAHARU. HARGA KEKAL RM11,988 SEUNIT