Artikel Pilihan

INI KOS PENYELENGGARAAN PERODUA ARUZ

Jika sebelum ini saya tuliskan pengalaman pemanduan Perodua Aruz dan anda sudah berkenan dengan model ini, maka artikel ringkas ini akan menceritakan kos-kos penyelenggaraan SUV perodua ini.

Walaupun Perodua tidak datangkan Aruz dengan pakej penyelenggaraan percuma sepertimana sesetengah jenama, namun mereka menyediakan jadual lengkap tentang kos memiliki kereta ini.

Ia perlu diambilkira dan dimasukkan ke dalam bajet pembelian anda kerana ia adalah SEBAHAGIAN daripada kos mimiliki, termasuklah bayaran tahunan cukai jalan dan insurans.

Baiklah. Kita mula dengan penyelenggaraan asas iaitu minyak pelincir.

1. Perodua Aruz menggunakan minyak enjin dengan gred API SN 0W – 20 dengan kuantiti 4 liter. Setiap kali servis dilakukan, hanya 3.6-3.7 liter minyak enjin yang digunakan.

Oleh kerana minyak ini ialah minyak sintetik penuh, harganya ialah RM162 bagi sebotol 4liter. Jika dibandingkan dengan minyak enjin lama API SM 5W-30 yang digunakan pada Myvi Lagi Best, Alza dan Viva dengan gred separa sintetik, harga yang ditawarkan ialah RM 96.00.

Semua minyak enjin Perodua dihasilkan oleh Petronas dengan input nasihat teknikal Daihatsu Motor Corporation.

2. Harga penapis minyak enjin ialah RM11.90 sahaja dan perlu ditukar setiap 10,000km. Seperti biasa, saya rasa model Axia, Myvi, Alza, Bezza dan Arus semua menggunakan penapis minyak enjin yang sama, lantas menurunkan kos pembuatan.

3. Service major akan dilakukan pada kilometer 40,000. Pada masa ini antara alat ganti yang perlu ditukar ialah:

a. Cecair kotak gear automatik RM 36.15
b. Penapis udara RM 62.90
c. Minyak pelincir gandar belakang RM 32.00
d. Cecair minyak brek RM 21.00
e. Cecair penyejuk radiator RM 25.80
f. Gasket minyak gear RM 3.80

4. Penapis sistem penyaman udara dicadangkan untuk ditukar pada setiap 30,000km dan harganya ialah RM46.30 setiap unit.

Kos ini tidak termasuk kos servis penyaman udara (jika perlu)

5. Harga palam unit pencucuh ialah RM55.10 setiap unit, dan kos penukaran bagi satu set ialah RM220.40.

Palam pencucuh perlu ditukar pada setiap 100,000 km atau 60 bulan.

6. Kebiasaanya, Perodua menggunakan bateri bersaiz NS40ZL. Harga bateri ialah sekitar RM 120-RM 170 bergantung pada jenis bateri samaada bateri basah atau maintenance free (kering) dan juga jenama ;ilihan.

Namun bagi varian Advance yang menggunakan teknologi “Start-Stop” harga anggaran bagi bateri adalah mahal sekitar 15-20% berbanding dengan bateri biasa.

7. Aruz menggunakan tayar bersaiz 215/60/17. Lebar 215mm, tebal tayar 60% dari lebar tayar 215mm dan menggunakan rim dengan jejari 17 inci.

Tayar OEM yang digunakan ialah Bridgestone Alenza. Semakan di laman web bagi Tayar Dunlop D05 dengan saiz yang sama ialah sekitar RM 392.00. Walaubagaimanapun, Perodua Aruz menggunakan Bridgestone Alenza sebagai tayar asalnya

8. Pad brek untuk roda hadapan RM354.20. Biasa akan ditukar antara 20,000 – 30,000km bergantung pada cara pemanduan individu

9. Walaupun tidak dinyatakan disini, biasanya tali sawat atau belting untuk enjin perodua akan ditukar pada setiap 100,000km. Tali sawat ini adalah untuk memacu kuasa bagi compressor air-cond dan juga alternator.

Kos bagi tali sawat ialah RM72.10

10. Perodua Aruz didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 5 tahun / 150,000km yang mana terdahulu.

10. Harga dinyatakan tak termasuk kos upah dan cukai jualan.

Google ads
Back to top button