Buletin

BOS BAGI PROTON SAGA SERBA BAHARU KEPADA SEORANG PEKERJA INDONESIA – GANJARAN KERJA KERAS SELAMA 10 TAHUN BERSAMA SYARIKAT

Seorang pekerja Indonesia telah diberikan kejutan apabila majikannya menghadiahkan sebuah Proton Saga serba baharu.

Melalui perkongsian di TikTok, pekerja Indonesia tersebut, bernama Yanto, telah bekerja selama 10 tahun di syarikat pembuatan pakaian di Pontian. Menurut pemilik syarikat itu, Xu Hui Xing, ganjaran tersebut adalah sebagai menghargai kerja keras Yanto sejak sekian lama.

Xu menghubungi untuk bertanya kepada jurujual Proton sama ada mereka mempunyai model Proton Saga tersedia dalam stok kerana dia ingin membeli untuk pekerjanya.

XU juga memutuskan untuk membayar sepenuhnya, kerana sukar untuk warganegara asing mendapatkan pinjaman membeli kereta.

Pada 11 Januari, Xu merancang memberikan kejutan dengan memberitahu Yanto supaya datang ke pusat kereta untuk bertemu dengan pelanggan, mengambil ukuran. Selepas Yanto tiba dan melihat Proton Saga yang dihiasi dengan reben merah besar barulah dia sedar bahawa itu adalah hadiah untuknya.

Yanto hanya terdiam, kelihatan sangat tersentuh sebelum membuka pintu, menghidupkan enjin sambil tersenyum kagum. Selebihnya video itu menggambarkan Yanto menandatangani dokumen dan memeluk kereta.

Menurut Sin Chew Daily, Yanto mula bekerja dengan syarikat Xu sejurus selepas penubuhannya dan terus bekerja keras ketika wabak Covid-19 melanda.

Ramai netizen memberi reaksi kepada video tersebut dengan ucapan tahniah dan memuji ganjaran diberikan oleh Xu dalam menghargai jasa pekerja.

“Sukar untuk mencari bos yang baik, harap pekerja itu terus berusaha yang terbaik,” tulis seorang pengguna TikTok.

“Saya bekerja untuk bos saya selama 20 tahun, malah tidak mendapat apa-apa.”

Yanto juga dikatakan telah menerima kenaikan pangkat ke jawatan penyelia dan bertanggungjawab dalam menjahit, serta membimbing pekerja lain.

Google ads
Back to top button