Artikel PilihanBuletin

HELMET 100 TAHUN SUZUKI AKAN MULA DIJUAL JANUARI INI – ADA BONUS TAK TAHUN NI BOSS?

Suzuki Motor yang bakal menyambut ulangtahun ke-100 akan mengeluarkan helmet khusus yang sangat terhad. Dengar tu, sangat terhad. Berapa unit? Tak banyak tuan-tuan, 100 unit je untuk pasaran seluruh dunia yang fana ini. Helmet ini diasaskan dari model Arai RX-7X lengkap dengan livery pasukan MotoGP Suzuki dan tulisan “100th Anniversary” pada bahagian sisi.

Secara teknikalnya Suzuki diasaskan pada tahun 1909 jadi sepatutnya tahun ulangtahun ke-100 ialah 2019. Alah tak kisahlah, janji ini helmet edisi terhad dan keluaran rasmi Suzuki. Bayangkan bagi helmet ni sebagai hadiah kat atuk di kampung buat meronda dengan Suzuki Best 110 ataupun Suzuki RC. Fuhh…mantops. Kat tepi helmet tu pun memang dah ada logo jentera rasmi MotoGP Suzuki, GSX-RR. Sesuai la kan dengan Suzuki GSX ataupun Best RR.

Buat masa sekarang, helmet ini hanya dibuka untuk jualan di Jepun. 30 unit diperuntukkan untuk pasaran Jepun. 10 unit untuk setiap saiz M, L dan XL. Harga seunit ialah USD1,260 (RM5243.75) je. Cuma satu je masalahnya kalau dah ada duit sekali pun. Kena undi dulu beb, maknanya anda kena betul-betul bertuah baru boleh beli.

Kalau berminat bolehlah cuba nasib di laman web Suzuki Jepun dari 11 hingga 25 Januari 2022. Pemenang akan diumumkan pada 31 Januari 2022.

Alamak, maksudnya ada lagi 70 unit je untuk seluruh dunia. Agak-agak berapa unit yang akan mendarat di negara kita? Jadi kalau anda salah seorang peminat ‘susah mati’ Suzuki macam kami boleh dah himpit-himpit pengedar rasmi Suzuki untuk tanya khabar.

Alah kalau tak minat Suzuki pun ini la peluang mat-mat scalper nak buat duit mudah kan? Modal 5k jual balik 400 kali ganda ala Tel Aviv.

Google ads
Back to top button