
BERTEMAKAN ALL FOR ONE, RUN FOR ALL, LEBIH 4,300 PESERTA SERTAI TOYOTA OUTRUN 2023
Toyota Outrun kini kembali untuk edisi 2023 pada Ahad lepas di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dengan lebih 4,300 peserta telah mendaftarkan diri untuk menjadi sebahagian daripada acara anjuran UMW Toyota Motor.
Bertemakan All for One, Run for All, ia selaras dengan visi UMW Toyota Motor iaitu Move Your World. Idea tersebut untuk menjadikan larian sebagai sukan kolektif berbanding individualistik selain mencabar kebolehupayaan setiap peserta dan memperkasakan aktiviti sihat di kalangan masyarakat.
Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, “Kami gembira melihat sambutan dan penyertaan yang menggalakkan. Sebagai sebahagian daripada komitmen CSR kami, kami telah bekerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk inisiatif tahun ini, di mana 100 peratus daripada hasil pendaftaran, bernilai kira-kira RM170,000, akan disumbangkan kepada mereka.”

Pada tahun ini, acara Toyota Outrun 2023 dianjurkan dalam skala besar dan memilih Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sebagai tapak mula. Selain larian, Toyota Outrun juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik pada hari acara.
Antara aktiviti lain diadakan di Toyota Outrun 2023 ialah perkampungan kaum, bengkel konkrit dan tumbuhan. Para peserta turut dihiburkan dengan persembahan daripada artis seperti De Fam, serta penampilan duta Toyota Yaris, Janna Nick.
- BACA: UMW TOYOTA TAYANG MODEL ELEKTRIK TOYOTA bZ4x. MEMANG LAWA HABIS
- BACA: UMW TOYOTA MOTOR LANCAR TOYOTA ECO YOUTH EDISI 2022/2023. TEMA ‘CHAMPIONING MOBILITY’
- BACA: JUALAN UMW TOYOTA JAN-JULAI 2022 NAIK 48%. HILUX KEKAL TRAK PIKAP PALING LARIS
- BACA: UMW TOYOTA DEDAH PERINCIAN VELOZ, MULA TERIMA TEMPAHAN





