
BUGATTI VEYRON CALARKAN LAMBORGHINI AVENTADOR SEMASA PAKIR – KAU DAH KENAPA?
Betul orang cakap, kereta mahal ni siapa-siapa pun boleh beli tapi skil memang tak semua orang ada. Tapi yang pastinya yang skil tinggi macam kami ni pun bukannya berduit nak beli kereta mahal-mahal. Eh, berbelit pulak bunyinya tapi janji korang semua faham dah lah.

Nampaknya pemilik-pemilik supercar ni ramai yang kena ambik kelas pemanduan lagi rasanya. Teruk betul ni skil sampai boleh bergesel masa nak keluar masuk pakir. Spesis macam ni rasanya pakir troli pasaraya pun gagal ni. Kami rasa la.
Tak tahulah apa yang ada dalam kepala pemandu Bugatti Veyron biru ni sampai boleh bergesel sekaligus mencalarkan rim Aventador terbabit. Itu baru rim, macam mana dengan hati pemilik Aventador tu?

Inilah sebabnya kami tak suka beli ataupun pandu supercar ke mana-mana. Takut jadi macam ni lah. Penyelesaian yang paling selamat ialah pandu je Alza Abang Japar ke mana-mana. Setakat bergesel sampai tercabut fender tu biasa je. Paling-paling potong gaji tiga bulan.
Kejadian ini dirakam oleh @heinrichs_carlife yang kemudiannya memuatnaik video tersebut ke Instagram. Kesalahan kelas dilakukan oleh pemandu Bugatti walaupun beberapa individu dilihat cuba memberitahu beliau supaya menghentikan kenderaan. Akhirnya bergesel jugak. Bugatti pinjam ke bang?
Sudahnya, bumper belakang Veyron dan rim Aventador terbabit sedikit calar. Memang sikit jer ikut standard kita tapi ini supercar bang. Mana ada murah kalau dah namanya supercar. Dah, jangan nak buat lawak Myvi kat sini. Dah tak berapa kelakar macam dulu okey.
Jadi nasihat PokYa kepada pemilik supercar di luar sana, tingkatkan skil pemanduan anda dan jangan memalukan kami sebagai pengumpul supercar terbanyak dalam konsol PS2. Kalau nak reti sangat nak pandu bagi je kat kami pakai sebulan dua. Boleh kami berlakon jadi mahasifu forex yang super kayo.
https://www.instagram.com/p/CUxpiC-piHs/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_video_watch_again