Artikel Pilihan

POLIS JERMAN RAMPAS EMPAT BUGATTI VEYRON HASIL SKANDAL 1MDB – JOLI SAKAN BETUL NI

Pagi Jumaat lalu satu serbuan telah dilakukan polis Jerman ke atas premis Munich Motorworld sekaligus menggemparkan komuniti peminat automotif di sana. Munich Motorworld bukan hanya lokasi untuk menayangkan kereta-kereta hebat kepada pengunjung tapi ia juga berfungsi sebagai tempat simpanan kereta untuk orang-orang kaya dari seluruh dunia.

Sasaran serbuan pihak berkuasa bukannya sebuah dua model tetapi empat buah sekaligus. Lebih mengejutkan ia bukannya kereta-kereta biasa macam yang kita pakai untuk hantar anak ke sekolah tapi empat buah Bugatti Veyron edisi terhad yang diberi jolokan “Les Legendes de Bugatti”.

Ia merupakan koleksi empat buah hypercar edisi terhad yang sewaktu dilancarkan bernilai kira-kira USD12 juta (RM57 juta lebih bosku! Matilanak, habis duit negara dan duit rakyat macam ni.

Menurut laporan berita di Jerman, hampir sedozen pegawai dan penyiasat dari cawangan jenayah kolar putih menyertai serbuan. Kereta-kereta dikatakan dibeli menggunakan dana 1MDB dari Malaysia yang telah menggemparkan dunia. Nak tulis pun rasanya semua dah tahu.

Kalau sebelum ini ia digunakan untuk membeli kapal layar, bikin filem Hollywood dan kali ini ia turut digunakan untuk membeli empat buah hypercar edisi terhad. Empat unit Veyron ini digelar Rembrandt, Balck Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Contantini dan hanya dihasilkan tiga unit setiap satu. Kalau masa beli harganya mencecah RM57 juta berapa agaknya nilai semasa kereta-kereta ini.

Pihak berkuasa Jerman bagaimanapun enggan mendedahkan nama pemilik-pemilik kereta ini. Ini kerana mereka tidak mahu mejejaskan siasatan kes yang sedang berjalan. Adakah satu daripadanya milik Abang Japar? Kami sendiri pun tak pasti.

Nasib kereta-kereta belum dapat dipastikan tapi rasanya ia tidak akan disenaraikan dalam lelongan awam JPJ yang biasa kita dengar tu.

Tapi sedih betul bila dengar duit milik negara diseleweng sampai begitu sekali. Ini baru Bugatti, entah-entah selebih lagi digunakan untuk beli kapal angkasa. Siapa tahu kan?

Google ads
Back to top button