
POLIS THAILAND RAMPAS LAMBORGHINI AVENTADOR EDISI KHAS BERNILAI RM5.5 JUTA MILIK SUSPEK LAMAN WEB JUDI ONLINE
Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB) menyerbu sebuah gudang di kawasan Krungthep Kreetha, Bangkok baru-baru ini, lapor portal berita The Nation Thailand.
Gudang itu dimiliki oleh ahli perniagaan, Chaiwat Kajonboonthavorn yang berusia 38 tahun. Dia merupakan salah seorang daripada empat suspek yang dikaitkan dengan laman web perjudian online, Macao 888.
Chaiwat ialah anak sulung daripada empat adik-beradik. Namanya disebut oleh pelakon, Arisara Thongborisut baru-baru ini sebagai menjalankan laman web perjudian online.
Ketua CCIB, Leftenan Jeneral Worawat Watnakornbancha berkata, pegawainya menemui beberapa kereta mewah dan jentera lumba di gudang itu termasuk sebuah Lamborghini Aventador edisi terhad.
Terdapat hanya 50 kereta sedemikian di dunia dan ia adalah satu-satunya terdapat di Thailand. Kenderaan itu berharga sekitar 44 juta baht (RM5.5 juta) tidak termasuk kit ubah suai berharga 3 juta baht (RM381,541).
Menurut portal berita Thaiger, polis akan merampas kereta Lamborghini itu dan percaya bahawa Chaiwat sudah melarikan diri ke Hong Kong. – Agensi
- BACA: PENCURI PENGUBAH PEMANGKIN PANDU LAMBORGHINI URUS – BERGAYA BETUL KAU TOQ
- BACA: LAMBORGHINI HASILKAN 430 KG MADU SETAHUN, TIDAK DIJUAL KEPADA UMUM
- BACA: LAMBORGHINI URUS PERFORMANTE KINI DI MALAYSIA. 666HP, 47KG LEBIH RINGAN, KELAJUAN TERTINGGI 360KM/J
- BACA: LAMBORGHINI AVENTADOR SVJ KANTOI PANDU 244 KM/J DALAM ZON 88 KM/J








