" "
Artikel Pilihan

KEMALANGAN LIBATKAN LAMBORGHINI AVENTADOR ULTIMAE ROADSTER DAN ULTIMAE COUPE – MASAKLAH PEMANDU VALET YANG TERBABIT

Kemalangan melibatkan kereta yang diserahkan kepada pemandu valet memang selalu berlaku. Namun kejadian seperti ini yang melibatkan dua buah Lamborghini edisi terhad ni memang jarang berlaku. Tak ada siapa pun akan sanggup berada dalam situasi pemandu valet terbabit sebenarnya.

Lamborghini Aventador yang dipandu pemandu terbabit menghentam belakang sebuah lagi Aventador di hadapan lobi sebuah hotel mewah di Australia. Lebih teruk lagi kerana keduanya merupakan model siri Ultimae edisi terhad.

Menurut sumber video kedua-dua Lamborghini tersebut ialah untuk disewa tapi kalau dah berlaku macam ni memang berpeluh habis boh.

Lamborghini mengeluarkan 600 unit Aventador Ultimae (250 Roadster dan 350 Coupe) dan kesemuanya dilengkapkan dengan enjin 6.5L V12 mereka yang paling berkuasa (770hp)! Model pulak yang berlanggar ni satu Coupe dan satu Roadster.

Tengoklah muka mamat yang memandu tu. Memang kesian habis la. Tak tahulah macam mana nasib dia lepas ni. Kalau kena yang cool macam Abang Japar tak apa la. Ye ke cool?

Kerosakan yang dialami boleh dikatakan agak ringan. Namun untuk dua buah supercar yang berharga jutaan RM mana boleh dianggap murah. Mana sama harga bumper Aventador dengan bumper Miata kan? Nak pulak ini model edisi khas dengan spesfikasi tempahan pembeli.

Memang la mamat ni tak sengaja. Mana ada orang waras yang sengaja nak eksiden. Harap-harap kemalangan ini dilindungi insuran la. Kesian weh tengok muka cuak mamat tu.

Google ads
Back to top button