Artikel PilihanBuletin

BERAPAKAH KEUNTUNGAN PORSCHE DALAM SEHARI?

Mungkin ramai yang ingin tahu berapa sebenarnya keuntungan menjual sebuah kereta ni. Apa lagi sebuah kereta mewah, sukan diminati ramai dan dijual di seluruh dunia.

Pada 2017, Porsche mencatat sejumlah USD$4.82 bilion (RM20.2 bilion) sebelum cukai dan berdasarkan jumlah tersebut, pendapatan purata Porsche ialah USD$153 (RM641) srtiap saat.

Itu menjadikan keuntungannya sekitar USD$9,176 (RM38,400) seminit, RM2.3 juta sehari, RM388 juta seminggu atau RM1.5 bilion sebulan.

Keuntungan syarikat kereta sports mewah seperti Porsche, Lamborghini dan Ferrari lazimnya memang besar kerana mereka mengeluarkan model yang khusus dengan pembeli yang tidak kisah membayar berapa pun harganya.

BACA: ASTON MARTIN UNTUNG PERTAMA KALI DALAM 10 TAHUN

Apa yang perlu dilakukan oleh Porsche ialah membangunkan teknologi terbaik dan terkini biarpun apa juga kosnya. Ia kemudiannya memindahkan kos tersebut kepada pembeli dengan tambahan keuntungan berlipatkaliganda.

Namun untuk mencapai ke tahap ini, Porsche sudahpun melalui tempoh yang sukar. Mereka hampir bangkrap sebelum menghasilkan Cayenne, Panamera dan Macan yang meletakkan kembali Porsche pada landasan perniagaan yang betul.

Sebagai contoh, pengeluar kereta seperti Aston Martin tidak pernah untung sepanjang 10 tahun yang lalu, kecuali pada tahun 2017 buat pertama kali. Itupun setelah mereka berjaya menembusi pasaran kenderaan di dunia iaitu China.

Google ads
Back to top button