Buletin

BYD ATTO 2 DM-I DIPERKENAL DI EROPAH, JARAK SEHINGGA 1 RIBU KM!

Selepas diumumkan pada Oktober lalu, BYD memperkenalkan ATTO 2 DM-i di pasaran Eropah.

Model ini menjanjikan kecekapan bahan api terbaik dalam kelasnya melalui teknologi Super Hibrid dengan DM (Dual Mode).

Sebegai kenderaan hibrid plug-in (PHEV), ATTO 2 DM-i menawarkan pemanduan kenderaan elektrik (EV) dengan setangki petrol sehingga 1,000 km.

Reka Bentuk SUV Tersendiri dalam Dimensi Kompak

Dari segi dimensi ATTO 2 DM-i berukuran panjang 4,330 mm atau tambahan 20 mm daripada ATTO 2 elektrik dengan lebar 1,830 mm dan tinggi 1,675 mm.

Meskipun nampak sama terdapat beberapa perbezaan dengan ATTO 2 EV seperti bampar hadapan, liang udara fender dan lencana BYD pada pintu but.

ATTO 2 DM-i tersedia dalam empat warna, termasuk Midnight Blue baharu yang unik untuk model Super Hibrid.

Prestasi dan Jarak Pemanduan Super Hibrid dengan Teknologi DM

ATTO 2 DM-i membawa teknologi Super Hibrid dengan DM yang inovatif dari BYD ke segmen SUV kompak. 

Teknologi Super Hibrid dengan DM adalah berasaskan beberapa inovasi eksklusif BYD, termasuk:

  • Dua motor elektrik berkelajuan tinggi dengan pengawal bersepadu.
  • Bateri Blade.
  • Enjin petrol Xiaoyun 1.5 liter yang dibangunkan secara khusus dengan kecekapan terma sebanyak 43.04%.

Sistem ini boleh beroperasi dalam dua cara yang berbeza iaitu mod EV dan mod HEV.

Mod EV

Roda dipacu sepenuhnya oleh motor elektrik.

Mod HEV 

Motor elektrik kekal menjadi pemacu utama. Enjin petrol berfungsi sebagai penjana, membekalkan cas kepada bateri dan motor elektrik melalui penyongsang.

Ini memberikan tindak balas pemanduan seperti EV. Apabila kuasa tambahan diperlukan, mod HEV boleh bertukar daripada siri kepada selari, menggabungkan potensi enjin petrol dan motor elektrik.

Hasilnya ialah rangkaian kuasa yang kebanyakannya beroperasi seperti EV, menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 90 km daripada bateri Blade yang lebih besar.

DM-i

Kawalan pintar (huruf ‘i’ dalam DM-i) meningkatkan kecekapan, membolehkan penggunaan bahan api gabungan berwajaran serendah 1.8 L/100km.

Ia juga memberikan jarak pemanduan gabungan sehingga 1,000 km dengan setangki petrol dan cas bateri penuh.

ATTO 2 DM-i berupaya memecut dari 0-100km/j sepantas 7.5 saat, dan kedua-dua versi mampu mencapai kelajuan tertinggi 180 km/j.

Terdapat dua varian untuk pasaran Eropah iaitu Active dan Boost.

ATTO 2 DM-i Active

  • Kapasiti Bateri Blade: 7.8kWj
  • Kuasa sistem maksimum: 166ps (122kW)
  • Jarak pemanduan elektrik tulen WLTP: 40 km
  • Jarak pemanduan gabungan WLTP keseluruhan: 930 km

ATTO 2 DM-i Boost

  • Kapasiti Bateri Blade: 18.0kWj
  • Kuasa sistem maksimum: 212ps (156kW)
  • Masa pecutan 0-100km/j: 7.5 saat
  • Jarak pemanduan elektrik tulen WLTP: 90km
  • Jarak pemanduan gabungan WLTP keseluruhan: 1000km
  • Pengecas AC lebih berkuasa: 6.6kW, membolehkan pengecasan 15% hingga 100% dalam tiga jam apabila disambungkan ke titik kuasa AC tiga fasa 32A.

Kabin Luas dan Bermutu Tinggi dengan Teknologi Terkini

ATTO 2 DM-i menampilkan reka bentuk dalaman yang menarik, menggunakan bahan bermutu tinggi, ruang yang luas dan teknologi yang disepadukan dengan bijak.

Reka bentuk kabin hadapan menggabungkan elemen SUV seperti pemegang pintu yang besar dengan garisan ringkas yang merentasi papan pemuka, mewujudkan suasana yang lebih luas.

Perubahan berbanding versi EV seperti penukaran pemilih gear tengah yang dipasang pada turus stereng, penambahan pemegang cermin mata untuk pemandu, sandaran kepala tambahan untuk penumpang belakang tengah dan reka bentuk tempat duduk hadapan baharu dengan sandaran kepala boleh laras.

Untuk varian Boost, suasana kabin dipertingkat dengan bumbung kaca panoramik. Isipadu but ialah 425 liter dan lebih besar daripada sejumlah hatchback keluarga segmen C.

Kapasiti ini boleh ditingkatkan kepada 1,335 liter apabila tempat duduk belakang lipat terbahagi diturunkan.

Ciri Standard ATTO 2 DM-i Active

  • Cat metalik
  • Rim aloi 16 inci
  • Lampu hadapan dan lampu belakang LED
  • Cermin sisi boleh laras secara elektrik
  • Pengelap penderia hujan
  • Panel instrumen digital 8.8 inci
  • Sistem infotainmen skrin sentuh 12.8 inci
  • Empat port pengecasan USB Jenis-C
  • Penderia letak kereta belakang dengan kamera pandangan belakang
  • Kawalan jelajah adaptif
  • Kunci pintar yang membolehkan akses melalui telefon pintar atau peranti boleh pakai

Ciri Tambahan ATTO 2 DM-i Boost

  • Rim aloi 17 inci
  • Penderia letak kereta hadapan
  • Kamera 360 darjah
  • Tempat duduk hadapan dengan pemanas dan pelarasan elektrik
  • Stereng dengan pemanas
  • Kaca privasi belakang
  • Bumbung panoramik dengan bidai suria boleh laras secara elektrik
  • Pad pengecasan telefon pintar tanpa wayar (50W)
  • Fungsi Vehicle to Load (V2L) sehingga 3.3kW

Keselamatan dan Bantuan Pemandu Penuh

BYD ATTO 2 DM-i direka dengan keselamatan sebagai keutamaan. Kedua-dua versi dilengkapi dengan:

  • Beg udara pemandu dan penumpang hadapan
  • Beg udara sisi hadapan
  • Beg udara tirai sisi panjang penuh
  • Sistem Pemantauan Pemandu (DMS)
  • Kawalan Jelajah Adaptif dan Pintar (ACC/ICC)
  • Kawalan Had Laju Pintar
  • Bantuan Kekal Lorong Kecemasan
  • Bantuan Penukaran Lorong (LDA)
  • Pengesanan Titik Buta (BSD)
  • Amaran Pembukaan Pintu (DOW)
  • Pengecaman Isyarat Lalu Lintas (TSR)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Sistem Kawalan Tarikan
  • Kawalan Turun Bukit
  • Amaran Perlanggaran Hadapan dan Belakang (FCW, RCW)
  • Amaran Lintasan Belakang (RCTA) dengan Brek Trafik Belakang (RTCB)

Ringkasan Spesifikasi BYD ATTO 2 DM-i

Dimensi dan Struktur

  • Dimensi Luaran (P/L/T): 4330mm / 1830mm / 1675mm
  • Jarak Roda: 2620mm
  • Kapasiti Tempat Duduk: 5
  • Suspensi Hadapan: MacPherson
  • Suspensi Belakang: Torsion beam
  • Pacuan: Roda hadapan
  • Kapasiti Tangki Bahan Api: 45L
  • Kapasiti Menunda (tanpa brek): 750 kg
  • Isipadu But: 425L (kerusi tegak) 1,335L (kerusi dilipat)

Berat (kerb) dan Saiz Roda 

Active:

  • Berat: 1,510 kg
  • Saiz Roda: 16 inci

Boost:

  • Berat: 1,620 kg
  • Saiz Roda: 17 inci

Rangkaian Kuasa dan Prestasi

  • Jenis Bateri: BYD Blade Battery (LFP)
  • Kuasa Bersih Maks. Enjin (kW): 72kW (98ps)
  • Tork Maks. Motor Elektrik: 300Nm
  • Kelajuan Tertinggi: 180 km/j

Perbandingan Kuasa dan Pecutan 

Active:

  • Jumlah Kuasa Sistem: 122kW (166ps)
  • Kuasa Maks. Motor Elektrik: 145kW (197ps)
  • Masa pecutan 0-100km/j: 9.1 saat

Boost:

  • Jumlah Kuasa Sistem: 156kW (212ps)
  • Kuasa Maks. Motor Elektrik: 145kW (197ps)
  • Masa pecutan 0-100km/j: 7.5 saat

Kecekapan dan Jarak Pemanduan

  • Penggunaan Bahan Api – WLTP Gabungan (L/100km): 5.1
  • Penggunaan Bahan Api – WLTP Gabungan Berwajaran (L/100km):
    • Active: Belum Diumumkan (TBC)
    • Boost: 1.8

Perbandingan Kapasiti Bateri dan Jarak Pemanduan

Active:

  • Kapasiti Bateri Berkadar: 7.8 kWj
  • Jarak Elektrik – WLTP Gabungan: 40 km
  • Jarak Pemanduan Gabungan Keseluruhan – WLTP: 930 km

Boost:

  • Kapasiti Bateri Berkadar: 18.0 kWj
  • Jarak Elektrik – WLTP Gabungan: 90 km
  • Jarak Pemanduan Gabungan Keseluruhan – WLTP: 1,000 km

Pengecasan

Active:

  • Kuasa Pengecasan AC Maks.: 3.3kW AC
  • Masa Pengecasan AC (15-100%): 2.7 jam (3.3kW 1-fasa)
  • Fungsi V2L: Tiada

Boost:

  • Kuasa Pengecasan AC Maks.: 6.6kW AC
  • Masa Pengecasan AC (15-100%): 3.0 jam (6.6kW 1-fasa)
  • Fungsi V2L: 3.3kW
Google ads
Back to top button