Buletin

BYD ATTO 2 DM-i DENGAN JARAK LEBIH 1 RIBU KM BAKAL DILANCAR DI EROPAH!

BYD, pengeluar kenderaan tenaga baharu terkemuka dunia bakal melancarkan ATTO 2 DM-i di Eropah.

SUV ini dibekalkan teknologi hibrid plug-in canggih BYD, iaitu Super Hybrid dengan teknologi DM (Dual Mode).

ATTO 2 DM-i direka sebagai SUV kompak yang inovatif. Ia menggabungkan pengalaman pemanduan kenderaan elektrik (EV) dengan jarak gabungan luar biasa, mencecah sehingga 1,020 km.

Keupayaan jarak jauh ini disokong oleh teknologi Super Hybrid dengan DM yang telah terbukti berjaya melalui model SEAL U DM-i, yang merupakan model hibrid plug-in terlaris di beberapa pasaran utama Eropah.

Ciri-Ciri Utama dan Jarak Lebih 1,000 km

Teknologi Super Hibrid dengan DM memberikan ATTO 2 DM-i kuasa untuk memimpin segmen SUV kompak.

Model ini boleh dipandu sehingga 90 km menggunakan kuasa elektrik sahaja, suatu keupayaan yang unik dalam segmennya.

Rangkaian kuasa pintar, yang dikenali sebagai DM-i (Dual Mode-intelligent), direka untuk memaksimumkan kecekapan pada perjalanan jarak jauh dengan memilih mod hibrid mengikut keperluan.

Dengan bateri yang dicas penuh dan tangki petrol penuh, ATTO 2 DM-i mampu mencapai jarak perjalanan gabungan melebihi 1,000 km.

Jarak ini melebihi jarak yang ditawarkan oleh pesaing hibrid, hibrid ringan dan juga SUV kompak berkuasa pembakaran konvensional.

Varian, Reka Bentuk dan Pelancaran

BYD ATTO 2 DM-i akan ditawarkan dalam dua versi di Eropah dengan perbezaan dari segi saiz bateri, jarak perjalanan EV, jarak perjalanan keseluruhan, output kuasa dan prestasi.

Dari segi reka bentuk, model ini akan menampilkan pengubahsuaian ringkas untuk membezakannya daripada versi ATTO 2 elektrik.

  • Bahagian tengah hadapan yang lebih besar.
  • Elemen hiasan tambahan pada bahagian bawah bampar hadapan.
  • Tanpa liang sisi.
  • Lencana yang direka semula pada pintu belakang (tailgate).
  • Warna luaran baharu Midnight Blue khusus untuk varian DM-i

BYD ATTO 2 DM-i akan diperkenal di Eropah pada acara Fleet Europe Days di Luxembourg pada minggu ini, sebelum diperkenalkan kepada pihak media pada November.

Jualan awal dijangka bermula tidak lama selepas itu, dengan penghantaran pertama kepada pelanggan Eropah dijangka pada suku pembukaan 2026.

BYD ATTO 2 EV di Malaysia

Versi elektrik SUV kompak ini, BYD Atto 2 EV telah pun dilancarkan di Malaysia pada Julai 2025.

SUV kompak yang dikenali sebagai Yuan Up di China ditawarkan dalam varian tunggal di pasaran Malaysia dengan harga RM100,000.

Ia diletakkan di antara Dolphin dan Atto 3, dengan dimensi berukuran 4,310 mm (panjang) x 1,830 mm (lebar) x 1,675 mm (tinggi), dan jarak roda 2,620 mm.

Model EV ini dijana motor tunggal pacuan roda hadapan (FWD) yang menghasilkan 177 ps dan 290Nm tork, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 7.9 saat.

Ia dilengkapi pek bateri 51.13 kWj yang menawarkan jarak perjalanan 350 km (piawaian WLTP) atau 410 km (piawaian NEDC).

SUV ini menggunakan pengecas AC 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 82 kW, dengan pengecasan 30 peratus hingga 80 peratus mengambil masa 28 minit.

Google ads
Back to top button