
YANGWANG U9 TRACK EDITION – HYPERCAR GERGASI 3000 HP PECAHKAN REKOD KELAJUAN EV
Mungkin nama Yangwang tidak sedap didengar tapi hypercar mereka U9 Track Edition bahari saja pecahkan rekod kelajuan EV dengan kuasa 3,000 hp. Fuh macam baca komik Pendekar Laut pula main hp tinggi-tinggi ni.

U9 Track Edition ni memang sebuah hypercar elektrik gergasi dengan 3,000 hp! Berbekalkan empat buah motor elektrik, ia berjaya mencatat kelajuan 293.54 mph (bersamaan dengan 472.40 kmj)! Ia memecahkan rekod yang dicatatkan oleh Aspark Owl tahun lepas (272.6 mph).
Yangwang U9 Track Edition berkongsi platform dan aspek teknikal yang sama dengan U9 yang berada di pasaran sekarang. Sudah tentu beberapa pindaan dilakukan dan menurut Yangwang, U9 merupakan hypercar EV keluaran besar-besaran yang pertama menggunakan platform voltan tinggi ultra 1,200V. Ia kemudian digabungakan dengan sistem kawalan terma yang diubahsuai.

Kombinasi keduanya memberikan kuasa yang cukup tinggi untuk keempat-empat motor yang digunakan Track Edition. Setiap satu motor berupaya berpusing pada kadar 30,000 rpm dan menghasilkan 744.26 hp kuasa setiap satu.
Gabungan kesemua motor berjaya hasilkan kuasa maksima melebihi 2,958 hp sekali gus menjadikannya salah satu kereta yang paling berkuasa di dunia!







