Buletin

CALTEX HAVOLINE HYBRID 0W-20 DILANCARKAN DI MALAYSIA – FORMULA KHUSUS UNTUK ENJIN HIBRID

Caltex Malaysia kini memperkenalkan pelincir enjin terbaharu mereka, Caltex Havoline® Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20, yang direka khas untuk memenuhi keperluan enjin hibrid moden.

Pelincir ini menjanjikan prestasi unggul dengan perlindungan maksimum serta operasi enjin yang lebih lancar dan bersih.

Enjin hibrid cenderung mengalami masalah seperti pembentukan enapan pada suhu rendah, kakisan serta kehausan komponen akibat suhu operasi yang rendah. Menyedari cabaran ini, Caltex Havoline Hybrid dibangunkan dengan formula eksklusif untuk mengatasi isu-isu tersebut menerusi ciri utama berikut:

  • Kawalan pencairan air dan bahan api: Teknologi canggih membolehkan minyak membentuk emulsi kukuh walaupun dalam kehadiran air, memastikan aliran minyak kekal lancar.
  • Perlindungan kakisan dan karat: Memberikan perlindungan menyeluruh kepada komponen enjin daripada kesan hakisan akibat air dan pencemaran bahan api.
  • Kawalan enapan suhu rendah: Mengurangkan pembentukan sludge dan varnish pada komponen enjin dalam keadaan suhu operasi rendah – masalah biasa dalam kenderaan hibrid.

Caltex Havoline Fully Synthetic Hybrid SAE 0W-20 kini boleh didapati di stesen minyak Caltex terpilih dan bengkel Caltex Havoline autoPro di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.caltex.com.my/havoline-hybrid

Google ads
Back to top button