
MBPJ RANCANG PASANG 1,000 PENGECAS EV SECARA BERPERINGKAT
Petaling Jaya bakal menyaksikan lonjakan dalam pembangunan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merancang untuk memasang 1,000 pengecas EV di lokasi terpilih dan tempat letak kereta awam seluruh bandar raya secara berfasa.
Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Zahri Samingon berkata pelaksanaan ini akan dijalankan dalam dua fasa utama, dengan fasa pertama melibatkan 500 unit pengecas melalui kerjasama strategik bersama dua syarikat iaitu EV Connection Sdn Bhd dan Carput Zap Network Sdn Bhd.
Menurutnya, usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif bandar rendah karbon dan memperkukuh kemudahan mobiliti mampan.

Teknologi pengecasan yang akan digunakan juga diyakini selamat, mesra pengguna dan berkesan dalam memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat di Lembah Klang.
Majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MBPJ dan dua syarikat berkenaan telah diadakan baru-baru ini di Ibu Pejabat MBPJ, menandakan permulaan kerjasama strategik ini.
Pengarah Urusan EV Connection, Ir. Lee Yuen How berkata, pihaknya berbangga dapat memainkan peranan penting dalam menyediakan kemudahan pengecasan EV yang boleh diakses oleh orang ramai, sekaligus menyokong peralihan negara ke arah tenaga hijau.
Mohamad Zahri turut menegaskan bahawa matlamat utama inisiatif ini adalah untuk memperluas akses pengecas EV kepada seluruh komuniti bandaraya.
MBPJ percaya langkah ini akan memperkukuhkan kedudukan Petaling Jaya sebagai perintis mobiliti hijau, sejajar aspirasi negara untuk mencapai masa depan lebih lestari.
- BACA: CALTEX HAVOLINE HYBRID 0W-20 DILANCARKAN DI MALAYSIA – FORMULA KHUSUS UNTUK ENJIN HIBRID
- BACA: DENZA MALAYSIA UMUM LANJUTAN JADUAL PENYELENGGARAAN PERTAMA
- BACA: RASMI: ART OF SPEED KEMBALI TAHUN INI, UMUM LIMA KOLABORASI BAHARU!
- BACA: PORSCHE 911 DENGAN 3 VARIAN PACUAN SEMUA RODA, 911 CARRERA 4S COUPÉ, CABRIOLET, TARGA 4S