
DENZA MALAYSIA UMUM LANJUTAN JADUAL PENYELENGGARAAN PERTAMA
DENZA Malaysia hari ini mengumumkan satu penambahbaikan penting dalam pengalaman pemilikan kenderaan mereka.
Bermula 1 Julai 2025, jadual penyelenggaraan pertama bagi semua kenderaan DENZA dilanjutkan kepada 20,000 km atau satu tahun – bergantung mana dahulu – berbanding sebelum ini iaitu 5,000 km atau tiga bulan.
Langkah ini mencerminkan keyakinan tinggi DENZA terhadap ketahanan serta kualiti kejuruteraan kenderaan mereka, hasil daripada kepakaran teknikal dan proses pembuatan yang canggih.

Ia juga menandakan komitmen jenama tersebut untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih praktikal dan memudahkan pelanggan.
Menurut Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn. Bhd., Encik Eagle Zhao, “Lanjutan ini membuktikan mutu dan ketahanan luar biasa yang ditawarkan setiap kenderaan DENZA. Ia membolehkan kami memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan tanpa menjejaskan keyakinan terhadap prestasi jangka panjang produk kami.”
Penyesuaian jadual ini bermatlamat untuk mengurangkan keperluan lawatan awal ke pusat servis, sekaligus memberi lebih ruang kepada pemilik menikmati pemanduan tanpa gangguan.
Tambahnya, ia sejajar dengan visi DENZA untuk menjadi peneraju dalam menawarkan pengalaman pemilikan kenderaan yang premium, lestari dan mudah diurus.
- BACA: RASMI: ART OF SPEED KEMBALI TAHUN INI, UMUM LIMA KOLABORASI BAHARU!
- BACA: PORSCHE 911 DENGAN 3 VARIAN PACUAN SEMUA RODA, 911 CARRERA 4S COUPÉ, CABRIOLET, TARGA 4S
- BACA: MITSUBISHI GRANDIS SUV DIPERKENAL DI EROPAH – KINI DENGAN KUASA HIBRID
- BACA: DENGARKAN BUNYI EKZOS SPORT TITANIUM AKRAPOVIČ UNTUK BENTLEY!