Buletin

CHEVROLET BOLT EUV 2023 VERSI REDLINE EDITION DILANCARKAN

Chevrolet mengalami nasib malang apabila EV Bolt EUV mengalami masalah akibat pek bateri yang berisiko terbakar, sehingga menyebabkan produksi terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.

Kini, masalah tersebut sedang diatasi dan Chevrolet mahu menyegarkan kembali penawaran model EV tersebut dengan memperkenalkan versi kemaskini Bolt EUV 2023, serta penawaran trim Redline Edition serba baharu.

Untuk trim baharu itu, terdapat tiga warna yang ditawarkan termasuklah Summit White, Mosaic Black Metallic dan Silver Flare Metallic, di mana setiap satu digandingkan dengan rim hitam berkilat bersaiz 17 inci dengan aksen merah, diikuti decal merah pada bahagian pelindung cermin sisi, serta lencana hitam merah Bolt EUV pada bahagian belakang.

Untuk kemasan ruang kabin, Chevrolet membawakan upholsteri kulit jet black diikuti dengan kemasan jahitan kontras merah.

Tiada sebarang perubahan besar dibawakan pada trenkuasa, di mana ia masih lagi mengekalkan motor elektrik tunggal 200 hp/360 Nm, serta pek bateri 65 kWh yang membenarkan jarak gerak sehingga 398 km untuk sekali cas penuh.

Selain daripada itu, Bolt EUV turut menampilkan skrin kluster instrumen digital lapan inci, skrin infotainmen 10.2 inci, serta keupayaan pemanduan bebas tangan Super Cruise merangkumi jarak 321,869 km atas jalan raya Amerika Syarikat dan juga Kanada.

Google ads
Back to top button