Buletin

DISAMAN KERANA TIADA PARKIR MOTOR! AYUH BIKERS. BANGKIT DAN PERTAHANKAN HAK KITA!

Inilah dilema penunggang motosikal. Masih banyak bangunan di kota besar yang tak sediakan parkir khusus untuk motor. Mungkin semua beranggapan yang datang mall ni naik kereta 100 peratus dan motor ni memang orang buat grabfood semata-mata.

Semalam, saudara Megat Sainurul Anuar kongsikan pengalaman beliau di Quill City Mall di mana beliau disaman kerana parkir di kawasan parkir motosikal kakitangan yang tidak ditandakan. Ketika masuk ke kawasan parkir pun beliau tidak diberitahu langsung bahawa kotak parkir motosikal tak ada dalam bangunan malah kakitangan keselamatan pun tidak maklumkan padanya.

Berikut adalah kronologi penuh cerita beliau yang telah dikongsikan oleh ramai netizen yang nyata telah lama bersabar dengan kerenah pemilik bangunan yang masih melihat penunggang motosikal sebagai masayarakat kelas kedua.

…………………………………………………………

Semalam saya ke Quil City Mall berteh tarik dengan sahabat usahawan sehingga jam 8.00malam. Bila nak keluar saya tengok motosikal saya di clamp.

Pelik juga saya sebab saya parking elok di kotak parking motosikal dan betul-betul dalam kotak parking. Pihak pengurusan parking ada tinggakan nota untuk saya call mereka bagi membuka clam.

Saya call dan pihak pengurusan suruh saya ke tiang P1 (L15) jadi terpaksala saya menapak mencari pejabat mereka di tingkat P1. Bila sampai saya tanya kenapa saya di clam? Pihak pengurusan parking kata saya parking di pakir Staff.

Baru saya tahu saya letakkan motosikal di pakir staff sebab waktu saya masuk tadi saya tak jumpa pakir lain untuk motosikal kecuali disitu saja.

Kemudian saya tanya satff parking sepatutnya saya nak parking mana? sebab saya tak jumpa kawasan parkir lain untuk motosikal. Staff parkir beritahu motosikal tidak dibenarkan parking didalam shopping complex.

Saya jadi lebih terkejut!, sebab tadinya sewaktu saya berlegar mencari parking di perkarangan shopping complex pihak security yang arahkan saya masuk ke kawasan parking dan sewaktu saya ambil resit parking pun tak ada siapa yang halang saya beritahu motosikal tidak dibenarkan masuk.

Jadi saya pertahankan yang saya tak buat salah jadi kenapa saya perlu bayar dua kali (sekali bayar masuk parkir dan kedua kena bayar untuk buka clam), staff parking kata itu bukan urusan mereka itu adalah kesalahan pihak security sebab bagi saya masuk. Jadi untuk buka clam saya kena isi borang dan bayar denda.

Saya kemudiannya minta untuk bercakap dengan manager pegurusan parkir dan staff tu beritahu manager bercuti dan tidak mahu bercakap dengan saya dan hanya suruh saya bayar denda. Wow sombongnya. Saya hanya nak berikan penjelasan saja dan bukannya nak menyusahkan sesiapa pun.

Saya bukan berkira untuk bayar denda tapi saya ingin tahu kenapa saya didenda sebab saya masuk ke parking ikut arahan pihak security dan parking moto dikotak parking motosikal dan tiada kawasan parking lain disediakan untuk motosikal selain dari tempat yang saya parking.

Adakah ini cara baru untuk buat duit ‘suruh pelanggan parking dan kemudian saman mereka’. Saya juga agak pelik kerana pihak pengurusan Quil City Mall tidak menyediakan tempat parkir untuk motosikal dan adakah hanya pelanggan yang ‘kaya-raya’ dan berkereta sahaja boleh datang ke Quil City Mall.

Nampaknya pengusaha shopping mall mula mengasingkan shopping complex untuk sesetengah golongan tertentu sahaja dan mat rempit seperti saya’ tiada tempat di Quill City Mall nampaknya. Patutla sebelum saya masuk ke Quill saya nampak beberapa buat motosikal ‘rider grab’ mengambil keputusan untuk parking dibahu jalan menempah nasib disaman polis.

Saya cuba untuk tidak melanggar peraturan lalulintas dan parking ditempat yang betul (didalam shopping complex) namun di clamp pula oleh pengusaha parkir Quill City Mall.

Saya usahakan untuk membuat posting ini setelah usaha saya tadi untuk bercakap dengan pihak pengurusan sangat sukar dan bukan niat saya untuk memalukan pihak pengurusan Quill City Mall. Mungkin posting ini lebih cepat sampai ke pihak pengurusan. Saya juga rasa saya perlu membuat komen ini supaya hak penunggang motosikal lain tidak di abaikan.

Untuk pihak pengurusan Quill City Mall pula saya mohon bertimbang rasa kepada pelanggan ‘mat rempit’ seperti saya atau setidak-tidaknya kepada ‘rider-rider’ lain yang mencari sesuap nasi mengambil pesanan dari pengusaha F&B di Quill City Mall.

Jangan hanya nampak ini isu parking untuk penunggang motosikan sahaja tetapi pandang juga dari kacamata pengusaha F&B yang menggunakan khidmat rider sudah tertentu pesanan dikedai mereka akan berkurangan kerana raider tidak mahu mengambil order dari pesanan peniaga Quill City Mall.

Terakhir apalah salahnya pihak pengurusan memperuntkkan ruang parking untuk pengunjung motosikal dan sekiranya perlu juga kenakanlah bayaran. Jangan anak tirikan pelanggan kecil seperti kami.

#COACHMEGAT
#WinningByDesign
#BadService
#QuillCityMallKL
#QCMKL

* terkini – Assalammualaikum semua.
Pihak pengurusan Quill City Mall ada request nak jumpa saya sebab nak faham isu ni dengan lebih jelas. Ada sesiapa yang nak saya sampaikan apa-apa pada mereka sila beritahu ye. InsyAllah saya akan sampaikan dengan cara berhemah dan dalam masa yang sama mempertahankan hak penunggang motosikal.

KREDIT: MEGAT ZAINURUL

Tags
Google ads
Back to top button