BuletinMotosikal

PENJENAYAH ABU DHABI KINI TERPAKSA BERSAING DENGAN DUCATI PANIGALE V4R!

Di sebuah negara yang dikurniakan sumber petroleum yang tidak terhad, Abu Dhabi antara negara benua Timur Tengah yang meningkat maju mendadak selepas Dubai.

Dianggap Dubai kedua di Ermiriah Arab Bersatu, ternyata negara kecil yang berkeluasan kurang 1000km persegi ini tidak mau kalah dengan Dubai. Barisan kenderaan penguatkuasa mereka antara yang perlu diberi perhatian.

Ada Audi R8, Lamborghini Huracan dan Lykan Hypersport. Penjenayah pun kena fikir seratusduapuluh empat kali nak lari daripada kereta-kereta ni. tapi macamana pula kalau penjenayah lari pakai 125Z seperti peragut di Bandaraya Kuala Lumpur?

Ya. tunggu.

Polis Abu Dhabi ada Ducati Panigale V4R. Melainkan penjenayah ada ilmu halimunan, adalah mustahil untuk lari dari lapan unit Panigale yang merupakan barisan fleet terbaru polis Abu Dhabi.

Ducati V4R merupakan antara sportbike paling berkuasa di dunia. Ia mampu menghasilkan 221 kuasa kuda @ 15,250rpm dan tork 112.4Nm pada 11,500rpm.

Cukup pantas untuk mengejar mana-mana kenderaan yang cuba lari. Dari sempadan timur ke sempadan barat negara pun boleh kejar dan memang tak boleh lari ke mana. Negara kecik je pun.

Google ads
Back to top button