Motosikal

HONG LEONG LANCARKAN YAMAHA LAGENDA GP EDITION

HONG LEONG LANCARKAN YAMAHA LAGENDA GP LIMITED EDITION

Bersempena dengan kejayaan pasukan MotoGP pertama Malaysia, PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) telah melancarkan model edisi khas Yamaha Lagenda 115Z GP Limited Edition di Litar Antarabangsa Sepang hari ini. Ia didatangkan lengkap dengan livery penuh jentera PETRONAS Yamaha SRT.

Yamaha Lagenda edisi khas ini menampilkan cover set dengan tema yang sama seperti yang digunakan oleh pasukan PETRONAS Yamaha SRT dalma saingan MotoGP. Ia juga sememangnya diinspirasikan dari jentera Yamaha YZR-M1 yang digunakan oleh dua wakil pelumba pasukan tersebut, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo dalam saingan MotoGP 2019.

Spesifikasi masih sama cuma ia kini kelihatan lebih segar dan bergaya dengan warna livery rasmi penaja pasukan PETRONAS Yamaha SRT.

Setiap pembelian Yamaha Lagenda 115Z GP Edition akan disertakan dengan sijil pemilikan eksklusif bagi menandakan yang ianya sebuah model edisi terhad. Ia boleh didapati di semua wakil pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula dari pertengahan Disember 2019 dengan harga yang bermula dari RM5580.

Siapa kata motosikal untuk kegunaan seharian tidak boleh digunakan untuk bergaya?

Google ads
Back to top button