Buletin

Ford Buka Pusat Servis 3S

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Sime Darby Auto Connexion membuka Pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) terbaharu di Jalan Ulu Kelang, Ampang, Selangor.

Ford Motor Company, menerusi rakan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) baru-baru ini mengumumkan pembukaan sebuah lagi pusat servis 3S di Ampang, Selangor.  Kini, Ford memiliki rangkaian 45 pusat servis di seluruh negara yang menawarkan khidmat jualan dan servis.

Terletak di lokasi strategik di Jalan Ulu Kelang, kemudahan baru itu merupakan sebahagian daripada strategi perkembangan Ford untuk meningkatkan kualiti khidmat pelanggan kepada pemilik kenderaan Ford yang kian bertambah di Malaysia.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Pusat 3S tersebut dikendalikan oleh Trio Mantap Sdn. Bhd. (Trio Mantap). Ia memiliki  bilik pameran yang boleh mempamerkan sehingga enam buah kenderaan serta bilik menunggu dengan kemudahan WiFi percuma. Di samping pusat servis yang dibuka enam hari seminggu, menempatkan peralatan diagnostik terkini dan juruteknik Ford terlatih.

Trio Mantap mengatasi rekod pencapaiannya sendiri pada tahun ini dengan kenaikan jualan sebanyak 45 peratus.  Trio Mantap kini mempunyai empat bilik pameran di seluruh negara.

Pelanggan pusat 3S baru di Ampang itu akan mendapat jaminan lima tahun dan manfaat Pelan Servis Lanjutan (ESP) yang disediakan Ford. Ia juga mengambil bahagian dalam dua kempen promosi Ford.

Promosi Tawaran Hebat Ford (Ford Big Deal) menawarkan insurans kereta, cukai jalan dan yuran pendaftaran kereta percuma1 bagi model Ford terpilih yang ditempah dan didaftarkan sekarang hingga 31 Disember 2012.

Selain itu, pemilik Ford yang menyertai promosi Ford Service Extravaganza di kemudahan baharu itu  turut ditawarkan pemeriksaan 20 poin secara percuma dan diskaun sebanyak sepuluh peratus untuk alat ganti.

Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 dalam satu resit layak menyertai peraduan yang membolehkan mereka memenangi pelbagai hadiah seperti telefon pintar, komputer tablet dan sistem GPS. Promosi berakhir pada 28 Februari 2013.

Mereka yang membeli dan menerima Ford Focus menjelang 31 Disember pula layak menyertai Cabaran Ford Focus Serba Baru untuk merebut hadiah utama iaitu sebuah Ford Focus (sedan Titanium 4-pintu).

[quote]Insurans kereta dan cukai jalan percuma meliputi tempoh satu tahun (12 bulan sahaja). Jumlah adalah berasaskan Senarai Harga Runcit Ford bagi Pendaftaran Persendirian Sahaja dan tidak termasuk kos nombor tender JPJ.[/quote] [hr]

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.

Leave a Reply

Back to top button