Buletin

FORD FOCUS FACELIFT

Ford Focus yang diangkat selaku model paling laris di dunia kini sekali lagi mengujakan para peminatnya menerusi model facelift. 

Ford_Focus_Wagon_02

Melakukan debut pada hari ini di Kongres Mobil Sedunia di Bercelona, Sepanyol  sebelum dipamerkan di Geneva Motor Show 2014, karekter sporty Focus diserlahkan menerusi pelbagai bentuk pembaharuan.

Antara perubahan sigifikan ialah gril berbentuk horizontal, ruang kabin yang diinspirasikan daripada kokpit pesawat serta dilengkapi paddle shifter. Mula dijual di pasaran Eropah pada pertengahan tahun 2014, Focus juga menyaksikan pengenalan sistem ketersambungan di dalam kereta termaju Ford iaitu SYNC 2. Selain enjin petrol 1.5 liter EcoBoost dan enjin diesel 1.5 liter TDCi yang baru.  

Ford_Focus_5Door_01

Bukan sahaja berkuasa, enjin diesel itu menawarkan penjimatan sehingga 19 peratus. Manakala enjin petrol pula menjanjikan penggunaan minyak lebih jimat sekitar 17 peratus.

Focus akan menjadi model pertama di Eropah yang dipasang dengan varian enjin EcoBoost 1.5 liter berkuasa 150PS dan 180PS serta enjin Diesel TDCi (95PS dan 120PS). Model itu juga akan terus ditawarkan dengan enjin 1.0 liter EcoBoost (100PS dan 125PS) yang dipilih oleh satu pertiga oleh pelanggan pada tahun lalu.

Ford_Focus_Wagon_04

Mendengar maklum balas daripada pengguna, ruang kabin Focus kini memiliki rekaan lebih intuitif dan kurang butang. Jadi, kebanyakan kawalan dilakukan oleh sistem SYNC 2.

SYNC 2 menampilkan paparan skrin sentuh beresolusi tinggi bersaiz lapan inci dengan kawalan suara tercanggih untuk akses lebih mudah kepada audio, navigasi, kawalan suhu dan telefon bimbit.

Ford_Focus_Wagon_01_Lights

Ford menambah baik kualiti pengendalian apabila mengubah suai geometri suspensi, membuat talaan semula ke atas penyerap hentak dan menggunakan sistem Electronic Stability Programme (ESO yang baru. Stereng kuasa juga telah menerima talaan semula bagi membuatkan pemandu rasa lebih berhubung dengan jalan raya.

“Kami tidak berpuas hati sekadar menjadi No 1. Kami ingin mengujakan orang ramai melalui versi Focus baharu yang lebih mengagumkan,” kata Presiden Ford Eropah, Asia Barat dan Afrika, Stephen Odell.

v2

Ford mula memperkenalkan Focus pada tahun 1988. Sejak itu, lebih 12 juta unit Focus berjaya dijual di seluruh dunia dengan 6.9 juta daripadanya di Eropah.

Ford menjangkakan jualan Focus di peringkat global mencecah 1.1 juta pada tahun lalu, ini termasuklah lebih 300,000 unit di China. Angka tersebut menjadikannya kereta penumpang terlaris di pasaran yang paling pantas berkembang di dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button