Buletin

GASGAS HADIR DI MALAYSIA. TAWAR JENTERA ENDURO DAN MOTOCROSS. BERMULA RM39,800

Jenama motosikal dari Sepanyol, GasGas kini sudah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi menerusi dua model untuk segmen berbeza iaitu EC 350 F (enduro) dan MC 250 F (motocross).

Kedua-dua model edisi 2023 itu menggunakan enjin empat lejang dan pastinya mampu menawarkan pengalaman tunggangan off-road yang mengujakan. Model GasGas akan ditawarkan bermula Oktober depan.

HARGA

  • EC 350 F: RM48,000
  • MC 250 F: RM39,800

(harga jualan asas tidak termasuk cukai jualan, insurans dan caj-caj lain)

GASGAS EC 350F

Menggunakan rangkaian kuasa silinder tunggal bersesaran 349.7cc dengan sistem pengurusan enjin Keihin yang dipadankan bersama transmisi klac manual 6-kelajuan.

Sistem klac ialah jenis basah multi-cakera DDS dengan hidraulik Braktec. Enjin dihidupkan dengan khidmat butang pemula.

Berat kering hanya 106.4kg, sementara tangki minyak berkapasiti 8.5 liter. Ketinggian pelana ialah 960mm.

Sistem brek merangkumi cakera bersaiz 260mm (depan) dan 220mm (belakang).

EC 350 menggunakan kerangka jenis double cradle, di samping fork depan WP XPLOR USD 48mm dan suspensi tunggal WP XACT pada roda belakang.

GASGAS MC 250F

Jentera Enduro ini dikuasakan oleh enjin empat lejang silinder tunggal bersesaran 249.9cc bersama sistem pengurusan enjin Keihin yang dipadankan dengan sistem transmisi klac manual 5 kelajuan.

Ia turut dipasang dengan sistem klac jenis basah multi-cakera DS bersama hidraulik Brembo. Enjin boleh dihidupkan menggunakan butang pemula.

Motosikal dengan berat kering 99kg itu dilengkapi tangki minyak berkapasiti 7 liter. Manakala ketinggian pelana ialah 950mm.

Sistem brek pula terdiri daripada brek cakera bersaiz 260mm di depan dan 220mm di belakang.

MC 250F dibina di atas kerangka jenis double cradle yang dipadankan dengan fork depan WP XACT USD 48mm dan suspensi tunggal WP XACT untuk roda belakang.

GALERI

Google ads
Back to top button