Motosikal

BAJAJ AUTO PENGELUAR MOTOSIKAL PALING BERNILAI DI DUNIA. NILAI PASARAN CECAH RM54.8 BILION

Walaupun tidak mempunyai asas mantap di pasaran Eropah dan Amerika Utara, Bajaj Auto baru-baru ini dinobatkan sebagai pengeluar motosikal paling bernilai di dunia dengan anggaran nilai pasaran mencecah AS$13.6 bilion (RM54.8 bilion).

Meraikan ulangtahun ke-75, syarikat itu beroperasi di pasaran motosikal terbesar di dunia iaitu India dan angka jualannya pula sedikit rendah berbanding satu lagi pengeluar motosikal India, Hero MotoCorp.

Bajaj Auto menjana pendapatan yang cukup banyak dan menjadi pemain utama di 70 pasaran berbeza, terutama di Asia menerusi jentera dengan enjin berkapasiti rendah.

Perkembangan itu dibantu oleh pemilikan 47.97 peratus ke atas KTM AG yang mengeluarkan motosikal jenama KTM, Husqvarna dan kini GASGAS.

Semua jenama tersebut menyaksikan peningkatan jualan yang memberangsangkan di peringkat global.

Pengaruh Bajaj Auto dijangka terus kukuh berikutan kerjasamanya dengan Triumph untuk membangunkan model bernjin kecil bagi pasaran dunia.

Bajaj Auto memiliki kilang pengeluaran di Chakan, Waluj dan Pantnagar. Baru-baru ini ia mengumumkan mahu membina kilang keempat di Chakan yang bakal menghasilkan model premium dan motosikal elektrik.

Pada Disember, pengeluar tersebut mencatat kenaikan jualan sebanyak 11 peratus kepada 3.72 juta unit.  

Google ads
Back to top button