Motosikal

EUROTECH WHEEL LANCAR KTM 890 ADVENTURE, 890 DUKE R DAN RC 200. BERMULA RM16K

Eurotech Wheel Distrubution Sdn Bhd (EWD), pengimport motosikal KTM di Malaysia hari ini melancarkan tiga model KTM iaitu KTM 890 Adventure, KTM 890 Duke R dan KTM RC 200 untuk pasaran tempatan.

Jentera itu bakal berada di pasaran pada September 2022 pada harga bermula:

  • KTM 890 Adventure – RM96,800
  • KTM 890 Duke R – RM75,800
  • KTM RC 200 – RM15,888

KTM 890 Adventure

Jentera adventure itu dikuasakan oleh enjin dua silinder sebaris yang mampu menjana 103hp dan tork maksimum 100Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear enam kelajuan.

Jentera itu menawarkan empat mode tunggangan iaitu Offroad Ride, Street, Rain dan Rally.

Pelana KTM 890 Adventure yang setinggi  830mm menggunakan suspensi hadapan dan belakang jenama WP APEX. Kapasiti tangki bahan api mencecag 20 liter dengan tahap penggunaan petrol sekitar 4.5L/100km.

KTM 890 Duke R

Walaupun menggunakan enjin yang sama, namun KTM 890 Duke R jauh lebih berkuasa dengan 121hp dan tork setinggi 99Nm.

Penunggang boleh memilih di antara empat mode pengendalian iaitu Sport, Street, Rain dan Track. Ia dipasang dengan tayar berprestasi tinggi, Michelin Powercup II.

Motosikal naked itu turut dilengkapi alat pengesan 6D Lean Angle yang berfungsi untuk kawalan cengkaman tayar.

Sistem brek nyata terbaik dengan brek Brembo Stylema monoblok dan cakera brek ringan bersaiz 320mm.

KTM RC 200

Motosikal itu diinspirasi daripada jentera lumba KTM RC16 terutama dari segi pengayaan, ergonomik serta warna.

Ia menggunakan pelana baharu yang memberi keselesaan untuk meningkatkan pergerakan penunggang.

Tugas memberhentikan jentera itu diserahkan kepada menggunakan brek ByBre dengan empat omboh yang dipadankan bersa,a cakera bersaiz 320mm di hadapan dan 230mm di belakang.

KTM RC 200 menggunakan enjin 200cc satu silinder. Pemetaan enjin itu sudah dikemas kini untuk meningkatkan kuasa tork. Hasilnya, ia kini memiliki kuasa 25hp dan tork 19.5Nm yang disalurkan melalui transmisi enam kelajuan.

GALERI

Google ads
Back to top button