
KTM HENTI PAKAI BREK BREMBO?
KTM dijangka akan berhenti mengguna pakai komponen brek dari Brembo setelah WP Suspension yang juga anak syarikat KTM AG telah melancarkan komponen brek serba baharu.
WP Suspension telah memperkenalkan WP Braking Systems (WP Brakes) yang akan membariskan 19 komponen brek serba baharu.

Hasil dari perkembangan terbaru ini, dijangkakan WP Brakes akan membekalkan komponen brek secara menyeluruh kepada semua jenama KTM termasuk Husqvarna dan GasGas.
Memandangkan WP Brakes menawarkan 19 produk serba baharu ini bermakna perkembangan ini telah pun dalam perancangan untuk tempoh yang lama.

Pada masa sama, memandangkan Brembo telah pun mengambil alih Öhlins, ini bermakna KTM hampir pasti mahu mengelak dari bergantung kepada ekosistem tersebut memandangkan jenama Austria itu mengguna pakai WP Suspension.
Antara produk pertama yang akan diperkenalkan termasuk kaliper brek jenis radial empat piston FCR4, kaliper brek belakang jenis floating RCF4 dan radial master cylinder FMR4 yang direka khas untuk motosikal sub 500cc.







