Buletin

GEELY LANCAR KERETA PERTAMA DENGAN ENJIN VOLVO PLUG-IN HYBRID 3 SELINDER

Setelah membeli kepentingan syarikat Volvo pada 2010, Geely dilihat cukup agresif mengembangkan sayap perniagaan automotif mereka. Pun begitu, walaupun memiliki Volvo, mereka tidak mendapat akses terus kepada tekologi Sweden itu.

Ia mengambil masa lebih tujuh tahun untuk mereka menyusun strategi mengenengahkan profil model termasuklah penghasilan jenama baru Lynk & Co.

Geely berfikir, sudah sampai masanya mereka menggunakan kepakaran Volvo dalam teknologi kenderaan mesra alam mereka. Dari kenderaan elektrik yang hanya fokus kepada teknologi hijau, Geely melihat PHEV (Plug-In Hybrid) adalah transisi yang membolehkan mereka menjual produk yang berdaya saing.

BACA: MELAWAT KILANG GEELY DAN INI PERSEPSI KAMI

Borui adalah rangkaian kereta elektrik Geely yang telah dijual sejak enam tahun yang lalu. Baru-baru ini, mereka mendedahkan model baru Borui GE akan dipasangkan dengan enjin tiga selinder PHEV dari Volvo.

Menurut laman web automotif China Xincheping, enjin plug-in hybrid ini didatangkan dengan susunan tiga selinder sebaris 1.5 liter, suntikan bahanapi petrol dengan bantuan elektrik motor. Ia dipacu oleh transmisi klac berkembar tujuh kelajuan.

Ia adalah enjin generasi baru yang sama dipasangkan pada XC40 T3. Ia adalah varian baru yang turut dipasangkan pada model siri 40 Volvo dan juga model akan datang Lynk & Co.

Borui GE akan dilancarkan secara rasmi pada hujung minggu ini dan akan mula dijual pada pertengahan musim panas nanti. 

Dari segi rekabentuk, GE menampilkan gaya bahasa badan baru Geely dengan jeriji radiator yang besar dan logo yang identikal.

Bahagian dalamannya dipadankan dengan skrin infotainmen 12.2 inci dengan pelbagai fungsi. Ciri-ciri lain termasuklah pengecas telefon pintar tanpa wayar, LED dan kemasan elegan.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button