BuletinMotosikal

PROTES LUBANG JALAN. LELAKI IN LETAK HELMET & TENGKORAK, HANTAR MESEJ KEPADA MAJLIS BANDARAN

Lubang di jalan adalah musuh utama bagi pengguna jalanraya, terutamanya motosikal. Kalau kereta masuk lubang, paling tidak pun rim bengkok, tapi kalau motosikal, silap-silap badan pun boleh patah riuk.

Di musim-musim hujan, kena ekstra berhati-hati sebab jalanraya akan mudah rosak. Berbeza dengan lebuhraya bertol yang diselenggara hampir setiap masa, jalan bandaran dan persekutuan tidak mendapat faedah tersebut sepenuhnya. 

Di UK, ketika musim sejuk dengan salji yang turun lebat bulan lalu, banyak jalan awam rosak. Pengguna mengeluh kerana ia lambat dibaiki. Nampak. Kat negara maju pun diorang pun komplen.

DIsebabkan majlis bandarannya lena diulit mimpin, seorang lelaki membuat protes aman dengan meletakkan topi keledar, tengkorak dan sarung tangan di salah satu lubang yang ditemuinya di jalan A3083.

Ia menghantar mesej kepada pihak berkuasa bahawa lubang ini memang bahaya kepada penunggang motosikal khususnya. 

A biker fed up of waiting for the council to fill in a massive pothole has staged a set of brilliant photos — of a helmet-wearing skeleton buried in the hole.

BACA: SAMAN MAJLIS BANDARAN KERANA RIM ROSAK LANGGAR LUBANG

Brian Joce yang berasal dari Cornwall memberitahu beliau mengambil beberapa hari untuk menyempurnakan “tugu peringatannya”. Mula-mula beliau hanya letak sepasang sarung tangan supaya kelihatan penunggang “tenggelam”. Nak tunjukka n lubang tersebut Ya Rabbi dalamnya.

Sehari kemudian, beliau ambil gambar kereta mainan dan buat saiz kecil. Akhirnya, beliau kembali dengan idea helmet dan tengkorak kepada manusia.

Joce berkata “Ia bermula pada 18 maca bila kami ambil banyak gambar lubang-lubang ni. Kemudian komuniti facebook dari Cornwell mula memberi komen, ‘Oh, kitorang lalu je dalam lubang tu’.

“Nah. Diorang ingat kita semua bawak jentolak gamaknya. Jadi, idea ni untuk bagitahu mereka dengan lebih jelas,” ujar beliau lagi.

BACA: BEG UDARA MELETUP LANGGAR LUBANG?

Brian juga memberitahu bahawa lubang tersebut dah ada sejak dua minggu yang lalu. Tak cukup dengan itu, loporan pun dah dibuat ke Majlis bandaran Cornwell.

Tapi macam biasa, mereka masih memilih kontraktor dengan enam peringkat mesyuarat dengan kopi dan karipap dah masuk 10 round.

Tak ada tindakan.

Hanya selepas imej ini viral, barulah lubang ini dibaiki.

Macam pernah berlaku di sebuah negara tu kan? dah viral baru sibuk nak buat kerja.

 

Google ads
Back to top button