
GWM ORA 07 VARIAN PERFORMANCE TIBA DI MALAYSIA PENGHUJUNG JUN 2024
GWM Malaysia mengumumkan GWM ORA 07 varian Performance, dijangka tiba sekitar penghujung Jun 2024.
Untuk pasaran tempatan, GWM ORA 07 ditawarkan pada harga bermula RM169,800 (Long Range Ultra) dan RM189,800 (Performance).
Dari segi dimensi, GWM ORA 07 berukuran 4,871/ 1,862/1,500 dan jarak roda 2,870mm.

Dari segi penggayaan, ia tampil dengan lampu depan LED pintar bumbung kaca panoramik, spoiler belakang elektrik adaptif, reka bentuk pintu tanpa bingkai, rim krom bionik 19-inci serta sedikit hiasan trim krom.
Menjengah ke dalam kabin, ia dilengkapi skrin sentuh 12.3-inci, instrumen LCD sepenuhnya 10.25-inci serta audio premium Infinity yang boleh mensimulasikan gelombang bunyi, sekaligus memenuhi keseluruhan bahagian dalaman dengan suasana sporty.
Dari segi kuasa, varian Performance didatangkan dengan motor elektrik berkembar panduan empat roda, berupaya menghamburkan kuasa 402hp dan 680Nm tork dengan daya pecutan 0-100kmj hanya dalam 4.3 saat sahaja.

Melalui pek bateri litium berkapasiti 83.5kWh, ia menawarkan jarak gerak sejauh 550km.
Untuk ciri keselamatan, GWM 07 dibekalkan dengan ciri seperti berikut:
- Sistem pelepasan lorong
- LKA (lane keeping system)
- BSD (blind spot monitoring system).
- Pandangan panorama 360 darjah
- Pengelakan pintar
- Pengecaman tanda lalu lintas
- Had laju pelayaran
- Amaran lebih had laju
Seperti dinyatakan di atas, GWM ORA 07 bagi varian Performance boleh dimiliki pada harga bermula RM189,800.









