Buletin

HARGA KERETA HONDA NAIK MULAI JANUARI 2016

Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) hari ini mengumumkan bahawa harga kenderaan Honda akan dinaikkan bermula Januari 2016.

Honda-City-booking-10,000-Mekanika (6)

Kenaikan itu berikutan nilai Ringgit yang kian merudum. Honda Malaysia kini sedang menilai impak tersebut dan menjangkakan kenaikan harga sekitar dua hingga tiga peratus bergantung kepada model.

Syarikat itu akan sentiasa memantau kadar tukaran matawang dan membuat keputusan mengenai harga baharu pada Disember 2015.

Honda-Malaysia-revised-price-2015-mekanika (2)

“Penyusutan drastik Ringgit menyebabkan kenaikan siginifikan ke atas kos alat ganti dan komponen yang diimport. Selepas menilai semua pilihan yang ada, kenaikan harga tidak dapat dielakkan demi menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.

“Sekiranya Ringgit kembali ke tahap normal, kami akan menilai semula struktur harga sekali lagi,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Honda-Jazz-price-mekanika

Honda Malaysia memulakan tahun 2015 dengan baik dan kini menerajui segmen kenderaan bukan nasional sehingga September 2015. Ia juga yakin untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 85,000 unit kenderaan pada tahun ini.

Honda Malaysia akan berkongsi harga baharu tidak lama lagi. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.honda.com.my atau hubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020.

Google ads
Back to top button