Buletin

BEETLE HABIS DIJUAL!

Volkswagen Group Malaysia (VGM) mengumumkan 200 unit edisi terhad Beetle Bug yang dilancarkan April lalu kini habis dijual. Sementara 50 unit Beetle Club edisi terhad yang baru diperkenalkan bulan lalu juga sudah ditempah sepenuhnya.

VW-Beetle-Bug-mekanika-3Pengarah Urusan VGM, Armin Keller cukup gembira dengan sambutan memberangsangkan itu. “Beetle sememangnya sebuah Ikon dan sudah 60 tahun berada di Malaysia,” katanya.

Beetle Bug Edition dilancarkan pada April lalu pada harga RM146, 888  dengan hanya 200 unit ditawarkan di Malaysia. Model ini dipasang dengan sil sisi, pelekat sisi, serta jalur perlumbaan dan badan Volkswagen Bug asli bersama logo Bug.

VW-Beetle-Club-mekanika-4

Edisi Beetle Club yang diimport dari Mexico pula ditawarkan pada harga RM152, 888 seunit. Model yang terhad kepada 50 unit sahaja itu tampil menawan bersama rim aloi Ravenna bersaiz 17”, perkataan Club pada stereng, sil sisi dengan jalur krom dan tempat duduk sports dibalut kulit.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button