,
Buletin

HARGA MINYAK RON97 NAIK. 27 APR – 12 APR 2019

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 27 Apr sehingga 3 Mei 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  • Harga runcit petrol RON97 – RM2.81 seliter (naik 1 sen)
  • Harga runcit petrol RON95 – RM2.08 seliter (tidak berubah)
  • Harga runcit diesel – RM2.18 seliter (tidak berubah)

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 27 April 2019 sehingga 3 Mei 2019 sepatutnya naik 1 sen seliter daripada RM2.50 seliter kepada RM2.51 seliter dan naik 2 sen seliter daripada RM2.46 seliter kepada RM2.48 seliter masing-masing.

Namun, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh di atas adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Anggaran tanggungan subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 27 April sehingga 3 Mei adalah berjumlah RM133.62 juta.

Tags
Google ads
Back to top button