,
Buletin

HARGA MINYAK TURUN LAGI. RON95 CUMA RM1.44 SELITER!

Berikutan kejatuhan harga pasaran dunia bagi bahan mentah petroleum, Harga runcit bahanapi tempatan juga telah diturunkan kerajaan, menjadikan ia yang terendah setakat ini.

Di bawah ialah harga juala terkini yang akan berkuat kuasa selama seminggu bermula jam 12:01 awal pagi, Sabtu 21 Mac 2020 hingga 27 Mac 2020 , jam 11:59 malam.

  • Harga runcit petrol RON97 – RM1.74 seliter (turun 36 sen)
  • Harga runcit petrol RON95 – RM1.44 seliter (turun 38 sen)
  • Harga runcit diesel RM1.75 seliter (turun 12 sen)

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, harga minyak mentah berulang kali mencatat paras terendah susulan kebimbangan berlaku kemelesetan ekonomi ekoran sekatan perjalanan dan penutupan perniagaan akibat penularan COVID-19, selain perang harga di antara pengeluar utama Arab Saudi dan Russia.

Kejatuhan harga minyak menyebabkan pasaran saham Wall Street dihentikan dagangan sementara atau ‘circuit breaker, selama 15 minit setelah penanda aras S&P 500 jatuh 7.0 peratus, sementara Dow Jones Industrial Average susut 9.3 peratus.

Peningkatan risiko ekonomi menyaksikan Washington bergelut menyediakan pakej rangsangan AS$1.3 trilion, termasuk penangguhan pembayaran cukai dan pinjaman untuk perniagaan kecil serta pemberian tunai segera kepada semua rakyat AS.

Presiden AS, Donald Trump pada satu taklimat semalam berkata, Jabatan Pembangunan Perumahan dan Bandar akan memberikan bantuan segera kepada penyewa dan pemilik rumah dengan menggantung semua penyitaan dan pengusiran sehingga akhir April. – Berita Harian, AFP

Tags
Google ads
Back to top button