
HARGA RON97 TURUN 2 SEN
Harga runcit bagi minyak petrol RON97 turun sebanyak 2 sen seliter menjadi RM2.56 seliter daripada RM2.54 seliter mulai 3 hingga 9 Ogos 2019.
Sementara harga bagi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.
Harga baru ini akan berkuatkuasa selama seminggu. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Jika mengikut pengiraan formula APM, RON 95 adalah M2.26 seliter dan diesel RM2.31 seliter.
Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk bahan api tersebut dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter. Ini selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat.
Dalam tempoh 3 hingga 9 Ogos depan, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM85.78 juta.