Buletin

4 PELANGGAN BERTUAH TOYOTA MENANG VIOS!

UMW Toyota Motor hari ini mengumumkan senarai pemenang bertuah bagi kempen As Never Before Bonanza yang berlangsung dari 1 Januari hingga 30 April 2019.

Kempen yang dianjurkan di seluruh negara itu berjaya menarik beribu-ribu orang untuk berkunjung ke bilik pameran Toyota bagi meninjau dan menikmati pengalaman bersama model-model terkini.

Hadiah menarik ditawarkan bagi setiap bulan dan untuk tempoh empat bulan penganjurannya.

“Kami sangat gembira dengan maklum balas yang diterima daripada orang ramai terhadap kempen As Never Before Bonanza yang berlangsung sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

“Ini merupakan peluang kepada pelanggan untuk memandu dan mengalami sendiri apa yang ditawarkan oleh kenderaan Toyota,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

“Tahniah kepada semua pemenang. Ini merupakan cara kami untuk mengucapkan terima kasih di atas kesetiaan dan sokongan pelanggan yang telah membantu Toyota selama ini untuk menjadi salah satu jenama kegemaran di Malaysia,” katanya lagi.  

Pelanggan yang membeli dan mendaftarkan kenderaan Toyota mereka sebelum 30 April 2019 berpeluang untuk memenangi satu daripada hadiah utama yang ditawarkan, berupa sebuah Toyota Vios 1.5G.

Sepanjang kempen ini berlangsung, pelanggan yang mencuba model kenderaan Toyota di bilik pameran juga berpeluang memenangi hadiah pakej percutian bernilai dari RM5,000 hingga RM8,000 serta peranti elektronik seperti iPad, VIVO NEX serta Samsung Note 9.

Orang ramai boleh mengetahui tentang promosi-promosi akan datang serta maklumat berkaitan produk dan perkhidmatan lain di laman web toyota.com.my atau mengunjungi sendiri cawangan pengedar sah di seluruh negara.

Tags
Google ads
Back to top button