Buletin

HONDA ADV350 2026 EROPAH DENGAN WARNA BAHARU!

Honda mengumumkan kemaskini warna untuk skuter popular, ADV350 2026 (26YM) bagi pasaran Eropah.

Model ini, yang pertama kali diperkenalkan sebagai model 2022, menggabungkan elemen kecanggihan skuter premium dengan keupayaan untuk mengendalikan permukaan jalan yang kasar, semuanya dalam rekaan luaran yang lasak dan berunsur pengembaraan.

Gaya reka bentuk ADV350 diinspirasi secara langsung daripada X-ADV, motosikal Honda terlaris di Eropah pada tahun 2025 dengan jualan melebihi 10,000 unit.

Angka ini menjadikannya motosikal kedua terlaris di pasaran. ADV350 juga mencatatkan kejayaan yang serupa, di mana ia merupakan skuter 300cc ke atas paling laris di Eropah pada tahun 2024.

Kejayaan model ini disokong oleh reka bentuk unik bertema pengembaraan, dibina di atas asas yang kukuh dan dilengkapi dengan peralatan premium yang komprehensif.

Kejayaan ADV350 terletak pada reka bentuk gaya pengembaraannya yang unik, disokong oleh asas yang kukuh dan senarai peralatan premium yang komprehensif.

Ini termasuk fork USD 37 mm, kerangka tiub keluli dan penyerap hentakan belakang dengan takungan luar.

Ia juga mempunyai jarak kelegaan tanah yang baik dan ruang simpanan di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua topi keledar penuh.

Untuk kemudahan, terdapat port pengecasan USB, sistem Smart Key dan penghadang angin yang boleh dilaraskan ketinggiannya.

Selain itu, panel instrumen LCD yang disepadukan dengan Honda RoadSync memastikan penunggang sentiasa berhubung.

Untuk penggunaan dalam bandar mahupun lebuh raya, ADV350 menawarkan pecutan yang mencukupi.

Dengan kemaskini pada ekzos dan unit kawalan enjin (ECU), enjin 330cc enhanced Smart Power+ (eSP+) SOHC empat injap mampu menjana kuasa puncak 28.8 hp dan tork 31.5Nm.

Dari segi keselamatan, Honda Selectable Torque Control (HSTC) didatangkan sebagai ciri standard.

Selain itu, Isyarat Berhenti Kecemasan dan lampu isyarat membelok yang padam secara automatik juga merupakan peralatan standard.

ADV350 dihasilkan di kilang Honda Italia Industriale SpA di pantai Adriatic, Itali yang beroperasi sejak tahun 1971 dan menghasilkan 40 jenis motosikal dan 30 model skuter.

Model ADV350 26YM kini tersedia dalam pilihan warna baharu berikut:

  • Pearl Falcon Grey (Baharu)
  • Iridium Gray Metallic (Baharu)
  • Mat Pearl Cool White (Baharu)
  • Mat Coal Black Metallic (Baharu)

Google ads
Back to top button