
HONDA JAZZ HYBRID DINOBAT SEBAGAI “CAR OF THE YEAR 2017”
Dalam acara Malaysia Car Of The Year yang berlangsung tadi, Honda Jazz Hybrid mengungguli kejayaan teknologi hijau setelah dinobatkan sebagai Kereta Tahunan Terbaik Keseluruhan 2017 (Overall Car Of The Year 2017).
Sebanyak 27 kategori dipertandingkan dalam anugerah ini di mana kejayaan besar dibolot Honda dan Mercedes Benz dalam beberapa kategori berbeza. Trend juga memperlihatkan kereta-kereta hybrid/PHEV menyertai dalam sejumlah angkatan yang besar.
Menurut penganjur, mereka menerima permohonan sebanyak 19 model Hybrid daripada pengeluar. Insentif EEV (Energy Efficient Vehicle) yang diperkenalkan mula menunjukkan kesan positif dengan inisiatif pengeluar untuk mempelbagaikan produk yang memberikan pilihan kepada pengguna.
Malah di rantau Asia Tenggara, Malaysia memiliki paling banyak tawaran model Hybrid kepada pembeli.
Tahun ini juga menyaksikan Dato’ Dr Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd memenangi anugerah Automotive Man Of The Year. Sumbangan beliau dalam industri automotif sememangnya cukup membanggakan. Di bawah seliaannya, Perodua telah berjaya menjadi pengeluar terbesar dalam pasaran tempatan dan terus mengungguli industri automotif secara keseluruhan.
Anugerah Car Of The Year ini juga diadakan bersempena dengan pameran automotif Malaysia Autoshow yang akan berlangsung minggu hadapan. Disokong oleh (MAI) Malaysia Automotive Institute ia adalah acara tahunan yang sentiasa diperbaharui konsepnya untuk menarik pengunjung.
Malaysia Autoshow 2017 akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 9 hingga 12 November nanti. Pelbagai program disediakan kepada pengunjung termasuklah acara jualan terus dari pengeluar kenderaan dengan pelbagai diskaun menarik.
Di bawah ialah senarai anugerah mengikut kategori
SEDAN DAN HATCHBACK
Harga bawah RM50,000 – Perodua Bezza
RM50,001 – RM60,000 – Perodua Myvi 1.5
RM60,001 – RM 100,000 – Honda Jazz Hybrid
RM100,001 – RM130,000 – Hyundai Ioniq Hybrid 1.6
RM130,001 – RM160,000 – Honda Civic 1.5 TC-P
RM160,001 – RM200,000 – Toyota Camry Hybrid 2.5
RM200,001 – RM250,000 – BMW 330e
RM250,001 – RM300,000 – Mercedes Benz C350e
RM300,001 – RM400,000 – Mercedes Benz E250
RM400,001 – RM500,000 – Mercedes Benz E300
Harga atas RM500,000 – Mercedes Benz S400h
SUV DAN CROSSOVER
Di bawah RM130,000 – Honda HR-V 1.8 2WD
RM130,001 – RM160,000 – Honda CR-V 1.5 TC 2WD
RM160,001 – RM200,000 – Kia Sorento 2.2 CRDi
RM200,001 – RM300,000 – BMW X1 sDrive20i
RM300,001 – RM400,000 – Mercedes Benz GLC 250
RM400,001 – RM500,000 – Volvo XC90 T8 Twin Engine
RM500,001 – RM700,000 – Jaguar F-Pace Prestige
MPV
Di bawah RM100,000 – Honda BR-V 1.5
RM100,001 – RM160,000 – Toyota Innova 2.0
Di atas RM160,000 – Kia Grand Carnival 2.2D
TRAK PIKAP
Di bawah RM120,000 – Toyota Hilux Double Cab 2.4G (4X4)
Di atas RM120,000 – Toyota Hilux Double Cab 2.8G (4X4)
COUPE DAN CABRIOLET
Di bawah RM350,000 – Subaru BR-Z 2.0 RWD
RM350,000 – RM550,000 – BMW M2 coupe
Di atas RM550,000 – Porsche 911 Carrera 4S
MOST IMPROVED NVH
Proton IRIZ









