BuletinMotosikal

SUZUKI BAKAL LANCARKAN INTRUDER 150 – CRUISER UNTUK BEGINNER?

Suzuki India dikatakan akan melancarkan model bari berkonsep cruiser dan dinamakan Suzuki Intruder 150. Walaupun berkapasiti kecil, gayanya kelihatan seperti abang-abangnya yang lebih berkuasa.

Rekaan macho ini boleh dilihat dari penampilan lampu utama LED yang berbentuk segitiga terbalik yang kemudiannya dilihat bersatu dengan pelindung badan yang lebar. Bahagian pelindunga badan semestinya daripada kemasan plastik ataupun PU dan bukannya logam berkrom yang berkilat-kilat seperti cruiser tersohor dari AS keluaran Harley-Davidson.

Berbeza daripada cruiser berkuasa tinggi dengan enjin v-twin berkembar yang menggetarkan jiwa, cruiser ini menggunakan enjin 155cc tradisi yang terbukti ketahanannya dan lebih mudah diselenggara.

Sesuai dengan konsep cruiser yang ada padanya. Posisi menunggang dilihat lebih relaks khusus untuk makan angin sambil mengembara bersama rakan-rakan. Rekaan tangkinya minyak yang memanjang ke belakang juga dilihat seperti berintegrasi dengan pelindung sisi secara harmoni.

BACA: TUNGGANG UJI – BAJAJ BOXER 150 – JENTERA LASAK HUJUNG MINGGU NAK ANGKUT PETAI PUN BOLEH

Enjinnya mampu menghasilkan 14.6hp kuasa dengan tork maksima 14Nm. Itu sudah lebih dari mencukupi untuk menggerakkan cruiser kecil ini ke mana-mana. Ia kemudiannya akan dipadankan dengan kotak gear manual dan kemungkinan akan menjadi saingan terdekat buat Bajaj Avenger Sweet 150.

Adakah ia akan dibawa masuk ke Malaysia? Itu belum pasti lagi tetapi kemungkinannya tetap ada siapa tahu. Ini kerana cruiser berkuasa 150 memang agak asing di Malaysia. Modenas Jaguh sebelum ini pun mempunyai 175cc kapasiti. Itupun masih nampak kecil untuk sebuah cruiser.

Berita baiknya pula ia berkongsi banyak rekaan dan gaya dengan abang besarnya iaitu Intruder M1800R. Material yang digunakan tentu sekali akan berbeza sesuai dengan harga dan sasaran pasaran.

Menariknya khabar dari India juga menyatakan motosikal ini kemungkinan juga akan dilengkapi dengan ABS walaupun dari menggunakan versi satu saluran sahaja. Terdapat juga pelindung enjin dan ekzos berkembar dengan beberapa kemasan krom yang menjadi tema wajib bagi sebuah cruiser.

Google ads
Back to top button