Artikel Pilihan

LAMPU KABUS BELAKANG, PERATURAN DUNGU YANG MENYUSAHKAN RAKYAT MALAYSIA

Malam tadi, Abang Japar menunggang motosikal berkuasa sederhana pulang dari Pulau Pinang. Dah lama juga tak menunggang jauh sebelah malam dan yang nak diceritakan pada kali ini ialah penyalahgunaan pengunaan lampu kabus belakang (foglight) yang keterlaluan. Jenis manusia yang pasang foglight belakang ni dia ingat macam lampu depan. Kau tak baca buku manual eh?

Memang menyusah dan membahayakan bagi pemandu di belakang. Itu memang MASALAH NOMBOR SATU.

SILAU. Kau faham silau? orang Kelantan kata “BECAR”. Kau faham tak bila masa yang patut pasang lampu ni?

Waktu HUJAN LEBAT YA RABBI dan WAKTU KABUS TEBAL.

PERATURAN UN (WP29)

Jadi. Pagi ni, Abang Japar cuba menghubungi beberapa orang dalam industri ini dan bertanyakan tentang lampu kabus belakang yang diwajibkan sejak 2013 ini. Dari bertanya, berubah jadi satu perdebatan pula dan Abang Japar tetap dengan pendirian asal bahawa Malaysia tak perlu pun lampu kabus belakang ni.

Ini adalah peraturan yang dipersetujui oleh JPJ bersama 51 negara lain yang menganggotai kelompok WP29 untuk keselamatan termasuk tayar, brek, kawalan kenderaan, kerangka serta lampu.

Bab implementasi spesifikasi baru lampu hadapan, lampu brek, pengasingan lampu isyarat (motosikal), penggunaa  ESC semua tu Abang Japar puji, sebab kalau kau tengok, ia membantu.

BACA: PEMANDU IBLIS PETAK KUNING

Tapi dalam penarafan UN ini juga lah adanya pemasangan wajib lampu foglight  belakang pada kereta baru.

Pada pandangan Abang Japar, ia mungkin sesuai di Eropah dan negara bersalji. Di Eropah, pemasangan foglight ni memang dah lama. Cuma Abang Japar tetap tak faham kenapa kita wajibkan kereta baru di Malaysia dengan ciri ni.

Abang Japar difahamkan kita boleh memilih opsyen peraturan yang dikehendaki, maksudnya, boleh pilih samada nak wajibkan foglight belakang atau tidak.

Kita patut kecualikan peraturan ni.

“Tapi lampu ni penting bila kita tak nampak kereta depan waktu hujan lebat dan kabus tebal.  Pernah berlaku sekali dulu kabus akibat hujan dan pembakaran terbuka (jerebu)” – jawapan yang kami terima

Beginilah. Kalau kau bandingkan dengan lampu belakang Nissan Sani tahun 1788 memanglah suram. Ni kereta dah teknologi tahun 2017. lampu belakang LED dah banyak kereta murah yang pakai. Kau tengok lampu LED Kia Sorento tu silau nya ya ampun. Itu baru lampu belakang, belum dia pasang foglight lagi.

Lampu belakang kereta moden dah cukup cerah.

Bila masa yang jerebu teruk sampai kena pakai foglight? Mungkin berlaku sekali dalam 100 tahun dan kalau benda ni yang justifikasikan untuk implementasikan pasang spotlight baik kau suruh anak Bongsu Pak Amid yang kat tadika tu lah yang gubal undang-undang.

“Tapi kalau hujan betul-betul lebat dengan kabus memang tak nampak bang,” Ucu cuba menyampuk dalam perbincangan kami di pejabat pagi tadi.

Beginilah. Kalau dah sampai kereta depan pun kau tak nampak, maksudnya apa? Berhenti lah. Itu maksudnya nak memandu pun dah tak selamat. Senang kan?

TAPI KENAPA TAK PATUT ADA FOGLIGHT?

Logiknya, sebab ini peraturan pelik yang dijalankan di sebuah negara yang ramai pemandunya BEBAL. Contohnya kau tengoklah hazard light (lampu kecemasan)  Masih ramai yang nyalakan waktu hujan lebat.

Ini pesanan kali ke 12 juta dari kami. Kalau hujan sikit-sikit, kabus sikit-sikit tu memadailah pasang lampu utama sahaja. Bila pasang lampu utama, lampu belakang tu pun menyala kau tau? Kecualilah mentol terbakar.

BACA: PERINGATAN PENTING KETIKA BEKONVOI

JANGAN PASANG hazard light (lampu kecemasan). Kau ingat pemandu lain ada kemahiran telepathy boleh baca gerak hati kau nak masuk simpang kiri ke kanan? Dah kau pasang lampu hazard light ni kalau masuk simpang macamana? nak hulur tangan keluar tingkap?

APA PENYELESAIANNYA?

“Kami akan cuba usulkan supaya kecerahan lampu foglight ni dikurangkan,” kata salah satu sumber yang rapat dengan industri.

“Bang, kita patut adakan kempen kesedaran pengguna,” Ujar Ucu yang semakin menggigil-gigil nak bercakap tadi.

Seingat Abang Japar, tak pernah berlaku dalam sejarah di mana pengeluar terpaksa buat video nak ajar pengguna bila masa pakai foglight belakang ni. Toyota terpaksa buat (dan peliknya memang Vios yang banyak buat perangai pasang foglight tak tentu hala ni) kau tengok bawah ni

Proper Usage of Rear Fog Lamps

Did you know – rear fog lamps are now a requirement for Malaysian cars? Not everyone may be familiar with using them, so here's a quick guide on its proper usage! 🙂

Posted by Toyota Malaysia on Jumaat, 20 Mei 2016

Ironinya, kalau lampu kecemasan yang dah wujud sejak zaman Paleolitik pun orang masih tak reti nak pakai, kita sebenarnya ada masalah yang lebih dari ini. Kita mungkin salah cara didik pemandu dari peringkat awal lagi.

Mungkin ada yang tak kena dengan sistem pembelajaran dan perlesenan, cara pemandu diajar tentang peraturan dan undang-undang. Sebab benda ini sebenarnya sangat asas.

JADI APA PENYELESAIANNYA?

Patut JPJ kena kaji semula penggunaan foglight belakang ni. Mohon keluar dari peraturan ni sebab ia masih awal.

Katakan, kita kena ikut juga peraturan ni, Abang Japar ada satu cadangan. Boleh saja pasang foglight ni tapi suis dia letak kat bonet belakang. Boleh?

Tak dapat nak bayangkan lima, sepuluh tahun lagi semua kereta dah ada foglight belakang dan pakat-pakat semua pasang serentak.

Nauzubillah…

 

 

 

 

 

Google ads
Back to top button