" "
Buletin

HONDA LANCAR CIVIC 1.0 TURBO DI CHINA – 3 SELINDER, DOHC, 129HP

Honda dengan rakan kongsinya di China, Dong Feng Motor telah melancarkan Civic varian terbaru khusus untuk pasaran China di Guang Zhou Motorshow. Ia adalah versi 1.0 turbo yang dikenali dengan nama Civic 180 turbo. Model 1.5 sebelum ini telah dilancarkan pada awal tahun yang dikenali dengan nama 220 turbo.

BACA-PANDU UJI CIVIC TERBARU

BACA-CIVIC HATCHBACAK KINI DI USA

Baiklah. Di sebuah negara yang menjual 10 juta kenderaan setahun, China adalah pasaran yang penting buat mana-mana pembuat kereta di dunia. Justeru, sebarang permintaan terhadap varian yang walaupun dianggap remeh, mampu memberi laba besar jika kena dengan resepinya.

civic-1-0-turbo-china-8

Sudah tentu, untuk model “asas” 1.0T ini, ia akan memikat pembeli yang berada dalam sasaran lebih rendah seperti Honda Jade (City wagon). Pada harga sekitar 116,000 Yuan atau RM75,000 untuk model manual, ia adalah pembelian yang berbaloi.

Civic ini dikuasakan oleh enjin TIGA SELINDER DOHC Earth Dream dengan sebuah pendesak turbo kecil dengan sejukan intercooler. Menghasilkan 129HP dan 173Nm tork pada 4500RPM, ia bukanlah enjin yang pekak sangat walaupun hanya tiga selinder. Malah antara yang berkuasa kalau dibandingkan dalam kelas enjin 4 selinder N/A berkapasiti 1800cc-2000cc.

Seperti mana-mana model asas kelas rendah, Civic ini dipasangkan dengan roda aloi 16 inci (1.5 turbo 17 inci). Tiada papan navigasi tetapi didatangkan dengan kawalan stereng. Ia masih ada mod eco dan parkir brek elektronik.

Bahagian luar, kelihatan ia tidak didatangkan dengan sistem keyless (lihat pada tuil pintu) dan lampu depan pun jenis halogen. Kalau jual kat Malaysia ni sure diorang convert pergi spec tinggi. Tapi kena tunggiu half-cut lah.

civic-1-0-turbo-china-10

Half-cut? Tak payah tunggu. Memang tak akan sampai. Walaupun Civic ni kereta hebat dari segenap segi, ia tidak dijual di Jepun. Pasaran kereta penumpang segmen C di Jepun dah lama mati. Mereka lebih suka kereta hatch kecil, wagon kompak, K-Car dan hybrid.

Malaysia? Kami tak rasa yang Honda Malaysia akan bawa masuk model 1.0T ni. 1.5T sekarang pun tengah laku keras. Kalau masuk pun akan bertindan pula dengan model-model Jazz, City dan Civic 1.8. Seperti yang kami beritahu tadi, ia tentang skala pasaran.

Sumber

xincheping.com

kelakar kan nama website dia bunyi macam web jual pinggan mangkuk.

 

Google ads
Back to top button