Motosikal

HONDA EX5 DREAM Fi EDISI TERHAD – RM4,875 SEUNIT

Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda EX5 Dream Fi Edisi Terhad di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Model tersebut hadir dengan rim tuang dan tayar tanpa tiub, logo, pemegang belakang krom serta perumah lampu utama yang baru. Ia ditawarkan untuk pelanggan yang mahu tampil berbeza.

honda-ex5-dream-fi-limited-edition-mekanika-1

Percaya atau tidak, Honda EX5 sudah dikenali di pasaran tempatan selama 29 tahun. Dalam tempoh itu, lebih dua juta unit EX5 berjaya dijual. Dengan pelancaran model edisi terhad ini, Boon Siew percaya ia akan menarik perhatian peminat EX5.

BACA: HONDA EX5 DREAM Fi

BACA: PRODUKSI HONDA EX5 DITAMATKAN

Honda EX5 Dream Fi Edisi Terhad ditawarkan pada harga RM4,875 seunit (termasuk GST). Kapcai itu didatangkan bersama jaminan kilang selama dua tahun atau perbatuan sejauh 20,000 (mana-mana tiba dahulu).

honda-ex5-dream-fi-limited-edition-mekanika-3

Motosikal itu sudah boleh didapati di semua pengedar motosikal Honda di seluruh negara.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my atau Facebook: www.facebook.com/HondaMotorcyclesMalaysiaBoonSiewHonda

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button