Motosikal

SYM LANCAR SKUTER CRUiSYM 300i TAHUN DEPAN!

Nampaknya, persaingan dalam segmen skuter maxi tempatan semakin meriah. Terkini, SYM Malaysia dilapor bakal memperkenalkan taruhan terbaharu mereka, CRUiSYM 300i. Pengesahan itu hadir tidak lama selepas Modenas memperkenalkan tiga skuter baharunya ke pasaran tempatan. Modenas juga menjelaskan bahawa ia akan lebih agresif untuk kembali menguasai pasaran motosikal di Malaysia.   sym-cruisym-300i-2017-mekanika-15 BACA: BENARKAH MODENAS 250 SKUTER PALING BERBALOI DIMILIKI? BACA: MODENAS BANGKIT – KARISMA 125 RM5K, ELEGAN 250 RM12K Untuk makluman, CRUiSYM 300i diperkenalkan kepada umum pada acara INTERMOT 2016. Menurut pihak Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. yang bertanggungjawab ke atas motosikal jenama SYM di Malaysia, , CRUiSYM 300i dijangka dijual pada harga di antara RM15,000 hingga RM20,000 seunit. sym-cruisym-300i-2017-mekanika-4 Ini sememangnya harga yang sangat menarik. Cuma, untuk menunggangnya, anda perlu mempunyai lesen B. Tetapi saya rasa tidak ramai di antara kita yang ada kelas lesen tersebut. Sekali pandang, skuter maxi ini memang memiliki penampilan yang sporty dengan rekaan dan garis-garis tajam. Bahagian hadapan diserlahkan dengan lampu sepasang bulat bersama butiran LED dan skrin pelindung angin yang lebar. Rekaan bahagian belakang juga nampak kemas dengan kluster lampu belakang dan lampu isyarat membelok. sym-cruisym-300i-2017-mekanika-2 CRUiSYM 300i digerakkan oleh enjin silinder tungga dengan sistem penyejukan cecair, empat injap bersesaran 278.3cc. Enjin yang dilengkapi sustem pancitan bahan api elektronik itu dipadankan dengan kotak gear CVT. Bagi menawarkan tunggangan yang mantap dan selesa, skuter itu menggunakan khidmat fork teleskopik pada roda hadapan. Roda belakang pula dipasang dengan satu unit swingarm. Aspek keselamatan dipertingkat menerusi aplikasi brek cakera pada kedua-dua rodanya, 260mm di hadapan bersaiz 240mm (belakang) bersama sistem ABS. sym-cruisym-300i-2017-mekanika-7 Bagi penunggang yang sering menunggang dalam jarak jauh, tangki 12 liter itu pasti dapat memuaskan hati anda. Lebih menarik lagi, skuter itu menawarkan tiga mode tunggangan iaitu Cruise, Normal dan Sport. Keselesaan ketika menunggang juga ditingkatkan melalui rekaan papan meletak kaki 40 hingga 45 darjah. Tipikal sebuah skuter maxi, jentera itu menawarkan ruang penyimpanan barang yang luas, cukup untuk meletak dua unit topi keledar tanpa sebarang masalah. Selain itu, ciri kemudahan lain yang ada pada CRUiSYM 300i ialah port USB 12V, corong udara pada bahagian sisi dan banyak lagi. CRUiSYM 300i akan didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu merah dan kelabu matte.

Google ads
Back to top button