Buletin

HONDA MALAYSIA PERKENAL PROGRAM KAKITANGAN KERAJAAN. DAPAT DISKAUN TAMBAHAN SEHINGGA RM1K

Honda Malaysia hari ini mengumumkan kempen Program Kakitangan Kerajaan yang membolehkan mereka dan pasangan membeli model Jazz dan BR-V.

Bermula 1 September hingga 31 Oktober 2021, pelanggan akan menikmati diskaun istimewa sehingga RM1,000 di samping promosi bulanan. 

Kakitangan kerajaan hanya perlu menyediakan surat jawatan dan kad identiti pekerja untuk proses pengesahan sebelum kereta didaftarkan. 

Honda Malaaysia turut menjalankan kempen “I’m Vaccinated” untuk memberi keyakinan kepada pelanggan dan kakitangan pengedar di semua pengedaran Honda di seluruh negara. 

Sehingga kini, 80 peratus kakitangan pengedar sudah divaksin sepenuhnya. Hanya mereka yang sudah mendapat dua dos vaksin dibenarkan untuk bertugas. Dengan perkembangan ini, Honda Malaysia mensasarkan semua kakitangan pengedarkan akan lengkap divaksin menjelang Oktober 2021. 

“Kami bersyukur kerana produksi sudah boleh dimulakan semula. Para pengedar pula boleh mula menjual dan melakukan urusan selepas jualan. Kami akan memenuhi sepenuhnya SOP dan melaksanakan langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya.

“Dalam kempen “I’m Vaccinated” yang bermula bulan ini, semua kakitangan akan menerima lencana dan pelitup muka dengan logo “I’m Vaccinated” agar mudah dikenal pasti,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo.

Sempena sambutan Hari Malaysia, Honda Malaysia akan memperkenalkan promosi sehingga 30 September yang menawarkan ganjaran sehingga RM6,000. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web; www.honda.com.my  muat turun aplikasi HondaTouch atau hubungi talian 1-800-88-2020. 

Google ads
Back to top button