Buletin

PEMANDU MITSUBISHI SHOGUN CETUS HURU-HARA DI LANDASAN KERETA API. KENA PENJARA 15 BULAN

Seorang pemandu dikenakan hukuman penjara selama 15 bulan selepas didapati memandu Mitsubishi Shogun di atas landasan kereta api sehingga menyebabkan jadual perjalanan pengangkutan awam itu terjejas.

Tindakan bodoh lelaki berkenaan menyebabkan jadual perjalanan pengangkutan awam tersebut ditangguhkan selama lapan jam malah kerugian mencecah £23,000 (RM131,224).

Aaron O’Halloran, 31, sebelum ini memandu kenderaannya pada pukul kira-kira 7.30 pagi menuju ke sebuah stesen kereta api di Birmingham.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia didapati memandu kenderaan Mitsubishi Shogun di atas landasan kereta api hampir satu kilometer sebelum bertindak meninggalkannya.

Para pegawai menemui sebuah telefon bimbit di dalam kenderaannya sehingga dapat dikesan dan didakwa di mahkamah kerana melakukan perbuatan tersebut.

Dia menafikan memandu kenderaan itu ketika disiasat pihak polis, walaupun  ditunjukkan rakaman CCTV di stesen kereta api tersebut.

O’Halloran turut menafikan perbuatannya membahayakan orang ramai yang menaiki kereta api, memandu secara haram dan memandu kenderaan tanpa insurans.

Mahkamah Birmingham Crown menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan terhadap lelaki berkenaan. – dailymail

Google ads
Back to top button