
HONDA PANGGIL SEMULA 330 RIBU KERETA, SIDE MIRROR TERCABUT!
Hanya disebabkan cermin sisi yang mudah tercabut, Honda terpaksa memanggil semula kira-kira 330,000 unit kenderaan di Amerika Syarikat.
Antara kereta yang terlibat termasuklah Honda Pilot 2020-2021, Honda Ridgeline 2020-2021, Honda Passport 2020-2022 dan Honda Odyssey 2020-2022.
Kesemua 330,318 kenderaan yang dipanggil semula itu dipasang antara 3 Januari 2020 hingga 23 Julai 2021.
Masalah tersebut berpunca daripada mekanisme pemanasan pada cermin sisi yang mampu mencairkan gam yang digunakan untuk melekatkan kaca cermin dan pad pemanas, menjadikan cermin tersebut mudah tertanggal.
Sekiranya cermin tersebut tercabut, ia mampu menjadikan pemanduan terganggu disebabkan penglihatan yang terhalang, dan mampu meningkatkan risiko kemalangan.
Difahamkan, isu ini sebenarnya berpunca daripada penggantian pad pemanas dan pita pelekat pada Julai 2021 di mana Honda mahu menyelesaikan masalah gegaran kecil yang berlaku pada sesetengah model. – Motor1







